Kawan-kawan kakcik

Ahad, 11 Januari 2015

Gulai Tempoyak Ikan Patin, hanya RM40.00 untuk 5 orang makan...

...baca tajuk, seolah-olah 5 orang itu hanya makan ikan patin saja pulak...hehehe...

Sebenarnya, 5 orang itu hanya ambil 2 mangkuk (satu mangkuk ada seketul ikan) gulai tempoyak dan masing-masing ambil nasi bersama sayur, sepiring ulam bersama sepiring sambal belacan dan masing ambil minuman termasuk 2 gelas sirap, 2 gelas air limau dan air suam serta air ais.

Aku dan blogger Delimasari masing-masing tidak mengambil gambar makanan yang kami makan kerana beranggapan harganya mesti mahal.  Maklumlah dalam musim musibah ini, ramai yang menjadi sensitif...

Sewaktu makan, aku meminta makanan kami dikira harganya. Dapat bil, masing-masing terperanjat kerana ianya sama sekali di luar jangkaan.  Hanya RM40.00!  Sebenarnya, kami semua terpengaruh dengan cakap-cakap yang pernah kami dengar/baca, hati-hati bila makan ikan patin di Temerloh kerana kemungkinan harganya mungkin tak mampu  hendak dibayar.  Walhal, harga sepotong ikan yang agak besar itu hanya RM10.00 sahaja. Berpandangan sesama sendiri kami jadinya...

Kami keluar dari Kuala Lumpur lebihkurang
jam 7.30 pagi...

...kabus tebal di awal perjalanan

...makin lama makin banyak kenderaan terutamanya
pacuan empat roda berhenti di stesyen minyak ini.
Ada dari agensi Kerajaan dan Syarikat Korporat.
Misi mereka dapat diagak - membawa bantuan
kemanusiaan ke negeri yang sedang kesedihan...

Awan tebal, kabus dan sesekali hujan
mengiringi perjalanan...

Blogger DELIMASARI yang berdiri di kanan sekali gambar ini.

...di sinilah kami makan.  Kebetulan, kedai ini
baru dibuka pada hari kami tiba selepas banjir melanda.

...hanya gambar 'selepas' sahaja yang ada...

25 ulasan:

  1. Kalau tunjuk ikannya memang berlari saya dan suami ke temerloh..
    Mujuqlaaa kakcik tunjuk gambar selepas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Seksyen 15, Shah Alam ada restoran yang jual masakan ikan patin yang sedap tau Dik Mah...harga pun tak mahal... :)

      Padam
  2. Minat sangat dgn masakan ni.
    Lalu R&R Temerloh wajib singgah dan beli
    Baru puas hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa dalam perjalanan balik, kami singgah di RnR Genting Sempah - dan saya makan lagi masak ikan patin tempoyak di situ... :)

      Padam
  3. sedapnya ikan patin masak tempoyak..aiks murah pulak..kata orang mahal..erm mmg tak boleh percaya bulat2 kata orang..kena alami sendiri baru tahu..seperti yang kak cik lakukan..tol tak..cantik gambar terbaru header tu..mesra..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...

      rezeki namanya dan murah juga rezeki peniaga itu... :)

      Padam
  4. lama dah tak makan gulai tempoyak ikan patin

    BalasPadam
  5. Memamng kedai tu jual murah, atau sebab ada lambakan ikan patin kakcik ( air sungai melimpah sebab banjir)? Atau adakah murah sebab ia patin sangkar?

    Hahaha..sorry lah kakcik, banyak pulak tanya...gaya macam pakar ikan patin aja saya ni tanya itu & ini :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata orang yang mengira tu sewaktu kami tanya, ikan itu adalah stok sebelum banjir. Selepas banjir ikan banyak yang hanyut - katanyalah... :)

      Padam
  6. Tengahari tadi juga saya makan ikan patin...murah saja kat Kedah ni ikan patin sebab semuanya ikan patin ternak! Ikan patin ternak cuma dijual pada harga RM4 sekilo di sini, kalau ikan patin sungai Pahang, siaplah beratus ringgit sekilo....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan pantin sangkar memang lebih murah. Tapi murah2 pun, kat KL/Seloangor ni mahu sampai RM10/RM12 seketul. Di RnR pun biasanya dalam RM5 - RM7 seketul...

      Padam
  7. tu yang buatkan akak tak pernah makan ikan patin di kedai tu kakcik..nak makan ikan patin tempoyak masak sendiri tu pun masa anak sedara kerja di pahang..ada kawan2 pi macing ..dia tolong belikan

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..dalam pada cerita yang kita dengar masih ada lagi peniaga yang masih bertimbang rasa..tidak mementingkan keuntungan semata mata..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...

      mereka tidak mengambil kesempatan... :)

      Padam
  9. Kalau saya balik dari kampung dengan anak-anak, selalunya singgah kat rnr Sg Perak pekena gulai tempoyak ikan patin. Seketul RM5. Ini mungkin patin dalam kolam. sebab itu murah.

    Saya tak order. Bukan sebab tak suka tapi nak jimat bajet. Biar ibu_suri dan anak-anak saja yang makan.

    Jalan jauh saya selalunya suka minum dan makan ringan-ringan saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mendahulukan mereka yang disayangi akan membuatkan kita lebih berpuas hati. Melihat mereka gembira, kita akan turut merasa auranya... :)

      Padam
  10. Eh, murah pulak ya! Saya dengar harga makin menjadi-jadi mahal disebabkan banjir. Untunglah Kakcik. Boleh makan berulang lagi :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com