Kawan-kawan kakcik

Ahad, 7 Disember 2014

Rumah Mampu Milik...



rumah mampu milik
harganya kian pelik
macam menelan tapi tercekik
akhirnya yang mampu hanya 'rumah satu bilik'

rumah mampu milik
jangan mimpi hendak jadi pemilik
kalau gaji hanya cukup makan
takkan dipandang oleh institusi perbankkan

kalaulah aku serorang jutawan
rumah seorang sebuah aku sediakan
agar sahaja anak-anak tidak jadi gelandangan
kerana harga rumah makin menggila di masa depan

bila kita mula bersuara
mulalah dikata kita tak tahu bersyukur adanya
pandanglah selagi ada mata
tapi tutuplah mulut dari berkata-kata


anak muda jangan risau
pendapatan kecil tidak mengapa
jangan mengeluh sampai jadi sasau
tiada rumah - tumpang sahaja ibubapa!

hendak menumpang tapi sampai bila
lainlah ibubapa memang orang kaya
malangnya sebuah rumah hendak di sumbat semua
akhirnya sesak jiwa dan raga





6 ulasan:

  1. sekarang nie umah mampu tengok kak..bukan mampu milik..x tau akan dtg harga mcmne mggila kan..

    BalasPadam
  2. Tak mampu milik bagi golongan sasaran sebenarnya.....

    BalasPadam
  3. rumah mampu milik..
    tak berbaloi bila ditilik..
    siap segera macam pelik..
    nak beli kene fikir balik...

    BalasPadam
  4. Rumah mahal ni mmg akan jadi masalah zaman anak anak kita akan datangkan KC.....kesiannya anak anak kita nanti. Takkan dah berumahtangga pun nak menumpang emak ayah, hish tak selesalah pulak....Tapi tulah hakikatnya....

    BalasPadam
  5. Bagi juga..elaun KERJA.. pada rakyat Malaysia..yang kerja SAMBILAN... tunggu keputusan SPM STPM...lebih RM500 sebulan daripada gaji minima RM900 untuk pekerja dari luar negara..dapatlah remaja itu RM1400 sebulan... selama LIMA bulan... bila mereka masuk kolej atau U..duit itu.. boleh lah mereka gunakan....

    BalasPadam
  6. Harga rumah sekarang memang mengerikan. Memangnya setakat bangsa kita ni payah nak dapat satu rumah pun walaupun mampu milik. Kena ikat perut betul-betullah kalaupun bank setuju berikan pinjaman.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com