Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 5 Disember 2014

Kemelut rumahtangga artis dan kisah pingat ditarik balik...

Syyyhhhhhhhhhhhhhhhhh... pagi-pagi Jumaat ini, eloklah buat kerja berfaedah sikit, ya tak?  Jangan sibuk-sibuk dengan kisah rumahtangga orang.  Maaf ya, tajuk tu cuma 'perangkap' sahaja. Kita ni kadangkala kalau gossip laju saja nak baca, kalau yang berilmiah sikit tu, kita klik tajuk dan terus komen...hehehe... boleh macam tu?

penuh habuk di gudang arang
hendak bernafas rasa tak senang
kenapa hendak sibuk rumahtangga orang
kehidupan sendiri belum tentu tenang

naik pesawat pergi ke Sabah
hendak bertamu ke Pulau Gaya
melihat orang ditimpa musibah
doakan mereka bertemu bahagia

masak asam ikan sembilang
mari dijamu kepada Pak Manaf
sibuk bercerita perihal orang
sempatkah kita memohon maaf

Perihal pingat?  Alaaa...apalah sangat kan?  Yang tak berjasa pun boleh dapat, yang  berjasa belum tentu pula bermanfaat kepada rakyat!


kumbang bermain di pohon rembia
pohon meliar tiada yang punya
harta dan pingat hiasan dunia
di sana nanti malaikat tak tanya

Sekadar itu untuk pagi ini.  Kalau ada ilham, petang nanti kita berjumpa lagi... :)


28 ulasan:

  1. akak suka..pandai kakcik berpantun..nak jawab pantun tak pandai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Erna... sebenarnya memang saya suka sangat berpantun, cuma ilham tu kadangkala datang, kadangkala hilang... :)

      Padam
  2. stakat pingat je.. yang penting jasa kepada masyarakat kan..

    BalasPadam
  3. Menjadi artis begitulah jadinya
    apa pun tindakan selalu diperhati
    hendak menasihati jauh pula
    baik jaga rumahtangga sendiri

    Rasulullah pun tidak dipanggil haji
    semuanya sekadar hiasan dunia
    biarlah darjah ditarik kembali
    di akhirat kelak tidak diambil-kira

    BalasPadam
  4. saya tersentuh dengan pantun ada sebut Sabah dan Pulau Gaya tu...

    BalasPadam
  5. Suka entry ni kakcik. Santai berpantun sambil ingat mengingatkan..

    BalasPadam
  6. risau juga kekadang bila memikirkan institusi kesultanan kita ni...

    BalasPadam
  7. Cemburulah tengok Kakcik ni pandai berpantun. Kalau nak pi meminang, kena bawa akaklah ni ^_^ Saya cuma pandai pantun 8 kerat jerk...Eh, ada ke?

    Kak, saya kalau datang tak pernah baca tajuk dan komen tau. Saya baca sampai ke titisan abjad terakhir gitu. Sebab itulah komen saya panjang tak reti nak short cut bagai!

    BalasPadam
  8. pandai la kakcik berpantun.... suka saya saya membacanya...:)

    BalasPadam
  9. pingat kt malaysia nih kadang org beli pakai duit kot kakcik, kadang tgk takde apa pun tibe2 dpt datuk, lainla kalu betul2 bg sumbangan pd negara di mata dunia kan... tp apa pun yelah pingat di dunia, pingat di akhirat nnti hanya Dia yg tahu

    BalasPadam
  10. PEh! Terbaik dari Kakcik. Suka sgt. Hahahahah! Sy klu bab entri sinis ni, mg suke je. Hahahahah!

    BalasPadam
  11. Betul tu KC..... hihi.... bab gossip kan best,
    Yelahhhhh kita doakan moga rumahtangga mereka yg dilanda kemelut akan beubah jadi ceria ye KC

    BalasPadam
  12. Bila mati nanti malaikat tak sudi sikit pun nak tanya soalan: "Apa pingat-pingatmu di dunia dulu??" Sehebat-hebat yang berkuasa di dunia ini bila habis nyawa, terlucutlah segala kekuasaan dan kemegahannya...

    BalasPadam
  13. macam tau je...
    salam perkenalan kakcik...
    meh singgah jap...kisahpondokkecil.com

    BalasPadam
  14. Pandai mak berpantun.

    Jaga rumahtangga sendiri ada lah belih baik. Alaaaa...apa ada dgn darjat. Hanya di dunia jer. Di SANA nanti sumanya sama rata tak kira darjat dan pangkat.

    BalasPadam
  15. pandai kak cik yerk.. mengambil kesempatan dari kesukaan orang2 kita yang suka gosip bagai... tajuk menangkapkan...
    nak balas pantun tak pandai pulak...

    BalasPadam
  16. kalaulah pingat boleh dibawa mati,
    hidup di dunia pasti senang hati... ;-)

    BalasPadam
  17. Bab berpantun mmg kakcik handal....
    10 bintang...

    BalasPadam
  18. Betul kak..setuju..semakin banyak kita selak kisah orang..semakin bertambah aib kita tersingkap..

    BalasPadam
  19. wah tajuk memang gempak tu kakcik.......

    BalasPadam
  20. sayapn pelikla dengan pingat dan panggilan datuk datin ni.. selalu tgk MHI tu, orgjual jamu dan ubat ubatan, pakaiannya memang fuhhh..kelasss, ada title datin lagi.. datinpun masuk TV jual produkke? hurm.... bukan nk jada tepi kain, tapi pelik pula title datin tapi becakap mcm raja lelong kat pasar malam nk pasarkan produk, kena kejar minit.. setiap mintkan di bayar kalau nak masuk tv..

    BalasPadam
  21. Salam Kakcik. Semoga hujung minggu ini kita sama-sama duduk depan tv tengok bola...minat ka tak minat ka, kena paksa sokong jugak...hahahahahaha

    BalasPadam
  22. Gossip rumahtangga sibuk diperhati
    Kisah orang suka dijaja
    Dunia ini hanya daki
    Bagi yang beringat insaf sentiasa.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com