Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 Disember 2014

Kari telur dengan kentang - langkah demi langkah...

(dalam berfikir-fikir hendak mengarang, dan setelah ditimbang-timbang, dari nanti catatan diperkatakan orang, rehatlah dulu sambil masak kari telur dengan kentang...)

Bahan tumis - bawang putih, bawang merah,
halia, kayu manis dan bunga lawang

Telur rebus dan kentang

Santan dan serbuk kari daging

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis
hingga wangi dan kekuningan

Masukkan serbuk kari dan sedikit air

Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak

Masukkan kentang...

...dan tambah santan. Kecilkan api dan biarkan
kentang menjadi empuk.

Akhir sekali masukkan telur rebus dan tambah
garam secukup rasa.  Biarkan mendidih sebentar.
Tutup api kalau dah puas hati dengan rasanya... :)

13 ulasan:

  1. Sedapnya kakcik....saya sukaaa kari telor...sambal tumis telur pun ok. Mudah, tapi kenapa susah sangat nak tenggek kuali entah saya ni...

    BalasPadam
  2. Anak kakak suka ni kalau menggoogle resepi yg tunjuk cara macam ini kakcik.
    Senang nak ikut dan faham.

    BalasPadam
  3. Sedapnya mak. Dah lama tak makan kari telur. Tengok ni rasa macam nak buat plak ☺

    BalasPadam
  4. Kalau kari telur dengan kentang makan hari-hari pun saya tak jemu....

    BalasPadam
  5. Aaaaaaaahhhhh esok buat............................................

    BalasPadam
  6. ini kalau ada nasi panas2..ikan kering..mahu 2 3 pinggan juga ni..

    BalasPadam
  7. kite memang suke kari tapi but santan ni memang fail sket.. kekadang tu bukan main pekat lagi kekadang tu cair bebenau

    BalasPadam
  8. Belum sempat telur rebus dimasukkan dalam kuali, dak Nuha je dah makan 2 biji.. ;)

    BalasPadam
  9. ada sambal belacan dan ikan masin..mkn pulak nasi tengah panas..dalam musim hujan pilak..nikmat mana yg kita nak dustakan..kan kakcik..terliur pulak. :)

    BalasPadam
  10. Minggu lepas ada buat kari telur ni, Kakcik tapi tak bubuh kentang. Sebab kentang kat rumah saya ni, memang hampir setiap hari ada menu tersendiri. Saya lebih suka tak bubuh santan dan karinya kering. Sedap dok sumbat telur dalam mulut lepas tu tersedak pedas sebab bukan main beria-ia masukkan rempah kari :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com