Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 28 November 2014

Sambal kentang edisi tak tahu nak masak apa...

... masuk dapur dan nampak kentang.   Lalu, kentanglah yang menjadi mangsa...

Nak resepi?

Alaaaa... biasa saja :

Beberapa biji kentang dibuang kulit dan dihiris nipis
Cili kering ikut kepedasan yang disukai*
Beberapa biji bawang merah*
* tu tandanya dikisar bersama
Dua biji telur ayam
Dua sudu sos tomato
Garam dan gula secukup rasa


Caranya :

Goreng kentang separuh masak - tos dan ketepikan
Tumis cili dan bawang yang telah dikisar hingga pecah minyak
Masukkan sos tomato
Pecahkan telur ke dalam sambal
Masukkan kentang
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Siap untuk dimakan dengan nasi atau roti...

Sedap dimakan dengan nasi panas...

9 ulasan:

  1. Kakcik
    Terima kaseh bg resepi utk dimakan dgn
    Roti atau nasi
    Dah cuba nanti saya bgtau kakcik

    BalasPadam
  2. sodapnya... resepi orang bujang selalu mcm ni saya buat, goreng kentang, ikan bilis, bawang, cili kecik ngan telo mata... gaul ngan kicap... hahaha mmg best makan ngan nasik panas

    BalasPadam
  3. Otai kalau masak sure sedapkan KC.... okje selalu gak buat kentang gini KC tp selalunya tak buh telur. Next time nak buh telur pulaklah...

    BalasPadam
  4. kreatifnyeee.. eda tak reti nak buat resipi gini.. tq ye share resipi..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakcik...walaupun simple tapi sedap ni...:)

    BalasPadam
  6. Akak belum masuk rumah saya lagi. 5kg kentang tersadai ^_^ Tapi kat rumah kami kentang ni macam-macam kejadian. Kalau boleh semua masakan pun nak bubuh kentang. Tengok gambar ni saya teringat kentang di rumah pulak!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com