...kerana kita akan mendapat pelbagai siaran dan layanan mesra seperti berikut :
i) Drama/filem/dokumentari dan yang sewaktu dengannya disiar berulang-ulang hingga kita boleh hafal skrip dan jalan cerita. Sangat bagus untuk mereka yang hendak menduduki peperiksaan sebab fakta dan auta boleh lekat di ingatan...
ii) Setiap kali hujan turun atau kilat sabung menyabung, siaran Astro akan tergendala dengan sendirinya. Oleh yang demikian, di waktu yang dingin itu, adalah lebih baik kita menyambung tidur atau bermesra dengan yang tersayang - tak kiralah waktu tengahari atau pun waktu subuh gajah...
iii) Bila siaran tergendala dan kita cuba menghubungi Astro di talian yang mereka berikan, kita akan mendapat layanan mesra dari suara yang sangat menggoda 'Terima kasih kerana menghubungi Astro. Kami sedang menerima panggilan yang sangat banyak. Anda akan dilayan sebentar lagi. Untuk ..... sila tekan ....' Sampailah akhirnya bil kita terus 'berjalan' dan kita akan terus menunggu...
iv) Bila kita terlambat membuat bayaran, jangan rasa terkilan kalau kita tak dapat siaran. Tambahan lagi kalau kita membuat bayaran 3 bulan sekali. Maknanya, bayar dulu baru tengok - begitu? Astro dengan penuh ehsan, akan menghubungi kita agar kita membayar segera. Kalau kita buat tak peduli dan hanya membayar setelah siaran disekat, tunggulah berhari-hari untuk siaran disambung kembali...
v) Kita kena langgan Astro sebab kita hampir tiada pilihan. Sebab itu, Astro boleh naikkan bayaran perkhidmatannya ikut suka hati sahaja. Hujung-hujung tahun begini, mungkin kakitangan Astro sedang mengira-ngira berapa bonus yang bakal mereka dapat. Jadi, marilah kita beramai-ramai menambah bonus mereka dengan terus melanggan siaran Astro...
vi) Mari baca puji-pujian yang diberi kepada Astro di laman facebook mereka ini. Tidakkah kita turut teruja untuk memuji sama?...
Akhir kata, majulah Astro untuk negara!
Selamat menonton semua...
BalasPadamHahaha... :)
PadamTak tahu nak kata apa bila tak langgan semua channel tak dpt
BalasPadamTak pakai astro.. ahaha
BalasPadamJom pakai unifi - boleh dapat internet sekali... :)
Padamgo go astro
BalasPadamhaha
Huhuhu...
PadamSaya ketawa baca komen-komen dalam facebook tu. Hahaha. Saya tak pernah melanggan Astro. Saya rela tgk TV siaran apa yang ada. Cuma sekarang saya rasa kecewa sikit sebab siaran di TV3 dah tak 24 jam.
BalasPadamSaya nak tambah dua point lagi 'Kenapa Kita Perlu Melanggan Astro' berdasarkan pengalaman saya dan kawan saya:
vii) Saya tinggal di bandar Sungai Petani dan saya tak dapat siaran TV AlHijrah secara percuma. Untuk negeri Kedah, liputan secara percuma tanpa Astro hanya boleh didapati di Alor Setar dan sewaktu dengannya frekuensi 559.25. Jika nak menonton TV Alhijrah perlu melanggan Astro.
viii) Bagi kawasan-kawasan yang mendapat siaran TV secara percuma (TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV Alhijrah) tetapi gambar tidak berapa jelas terpaksa melanggan Astro agar dapat menonton siaran TV di samping saluran2 Astro yang dilanggan dengan jelas.
Kerana 2 alasan di atas, Astro semakin naik tocang... :(
PadamSape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
PadamHarga murah kasi.
Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
Whatsapp sy 013-3332502
Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
PadamHarga murah kasi.
Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
Whatsapp sy 013-3332502
rumah saya tak ada astro :(
BalasPadamMakcik juga mungkin akan berhenti dari melanggan Astro...
Padamramai yg tak suka....tapi astro nampaknya masih survive dan bermaharajalela.ramai yg taip tak suka tapi masih melanggan astro...mungkin.
BalasPadamMungkin...
PadamMemang sakit hati ooo bila call....buat abis kredit den ja. Ini semua monopoly lah ni...termasuk lah telco2 komunikasi....sepatutnya internet kat Malaysia sekarang musti lebih laju dari mana2 negara Asia....
BalasPadamTak mengapalah - Malaysia masih aman... ;-P
Padamsaya dah 3 th potong Astro..ok ja hidup haha..
BalasPadamTu la kan...
Padamnyawa kita bukan pada Astro. :)
Rumah kakak memang dari awal diperkenalkan astro hingga kini tak pasang pun kakcik. Anak-anak masih belum pandai berdikari jadi tak tahu baik-buruk perkhidmatannya.. bimbang melekat aje kat tv.
BalasPadamSatu langkah bijak. Sedari awal tidak melanggan, lagi senang mendidik anak2...
Padamthn dpn x pakai astro dah
BalasPadamMak pun mungkin begitu juga...
Padamsalam singgah & salam ukhwah kak cik =)
BalasPadamSalam ukhwah aIEn... :)
Padambuat masa sekarang kami sekeluarga takdak keperluan nak melanggan astro.. tapi tatau la masa depan..
BalasPadamSebenarnya takde perlu sangat pun...
Padamhehe, terbaiklah kakcik, tp nak buat macam mana, anak2 saya suka tengok siaran kartun di astro, abahnya pula sport, alasanya je tu kan...hihi.
BalasPadamKakcik dan suami dah berbincang tentang hal ini, tapi pendapat anak2 kena tanya juga :(
PadamNasib baik rumah saya tak pasang Astro walaupun masa anak kecik-kecik bukan main depa fight untuk dapat Astro. Saya juga hampir-hampir ambik Astro kerana minat sukan. Tapi isteri tak nak...akhirnya memang sampai sekarang tak langgan Astro. Rasa tak rugi pun tak tengok sukan dalam Astro kerana saya lebih suka bermain sukan dari tengok sukan...
BalasPadamBenar, tak rugi pun. Dah 3 bulan duduk rumah, jarang sangat masa kakcik habis depan tv...
PadamRumah saya memang tak pasang astro mak. Cukuplah 7 channel yg ada tu. POn dah nak jadi mcm astro gak. Siar citer ulang tayang...hehehe...
BalasPadam7 saluran tu pun tak sempat nak tengok semua... :)
PadamKawasan rumah saya kalau takde astro memang susah nak dapat siaran.. suka tak suka kena masukkan jugak astro.. huhuhu.. dahlah mahal tapi service ntah apa2.. dok ulang2 menda yang sama.. dah macam takde cerita/drama menarik..
BalasPadamMaka.. marilah kita sama2 naikkan rating astro.. nanti semua kakitangan dorang dapat bonus tambahan..
Itulah masalah di sesetengah tempat, kalau tak pasang Astro, siaran RTM pun tak dapat... :(
PadamMusim hujan sekarang ni, siaran tergendala memanjang la nampaknya
BalasPadamBegitulah nampaknya...
PadamIyalah, kita ni banyak juga kena mengalah dengan anak2...
BalasPadamWah KC......sekali pandang mcm menyokong Astro, 2 kali pandang mcm boikot jer hihi....
BalasPadamTp mmg betul..... Astro ni duk ulang cite sama jer...boring sungguh!
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat tu... ;-)
PadamTeringat kes saya pertama kali pasang asteruk ni. Masa tu supplier suruh pasang sekali short circuit apa ntah kotnya kalau hujan nanti takdalah susah. Lepas pasang baru tersedar dari lamunan. Nak susah apanya, baru bunyi guruh di langit, dah tak dapat nak tengok asteruk! Membazir duit je. Saya sekarang ni pun tengah berkira-kira nak cancel je asteruk ni. Baru dapat email pasal kenaikan RM5 tu. Dahlah cerita membosankan semua. Cuma kesian kat anak-anak sebab asteruk tu maknanya kartun! Mereka nak tengok kartun kat Disney Channel tu je.
BalasPadamKakcik pun sebab fikirkan anak2 (walaupun anak2 tak fikirkan kakcik punnnn), kalau ikut kakcik ...hmmmm... suami pun ada channel yang dia suka tengok...
Padam