Kawan-kawan kakcik

Rabu, 26 November 2014

Roti puri - buat sendiri...

...ada yang jadi ada yang tidak.  Iyalah,  memasak ini kena beserta keikhlasan hati atau setidak-tidaknya hati yang tenang, baharulah masakan menjadi dengan cemerlang.  InsyaAllah.

Jalan-jalan ke blog Kak Mah, tengok resepi roti puri.  Terus teringin hendak buat, maka jadilah ini...

Seronok tengok ia menggelembung dengan elok bila digoreng.



Bahan2 yang diuli sebati (ikut resepi Kak Mah bagi) :

2 cawan tepung gandum
sesudu kecil garam
150 liter air
3 sudu minyak masak

(tapi makcik main agak2 saja - tak sukat pun)

biarkan antara 20 - 30 minit
ambil sedikit (agak2lah hendak besar mana)
bulatkan kemudian canai nipis
goreng dalam minyak panas

boleh makan dengan sambal tumis atau kari
makcik malas nak buat sambal atau kari
jadi makcik makan macam tu sahaja.

17 ulasan:

  1. kakchik, suami baru je semalam suruh buat. ingat nak cari resepi. tup2 kakchik dah bagi resepi. hehehehe. terima kasih kakchik

    BalasPadam
  2. Rasa macam mudah aje resepi Kakcik ni..nanti bila bersesuaian dengan waktu saya boleh cuba buat sendiri....

    BalasPadam
  3. Pernah buat selepas makan dirumah nenek sedara..
    Alhamdulillah jadi. Skrg dah lupa resepi.. Mujur kakcik ada sertakan sini...

    BalasPadam
  4. Tq share resepi mak. Nnt tak buat. Arwah moyang guna margerin. Nnt nk cuba resepi ni

    BalasPadam
  5. Saya nak minta Fiza cuba buat kan...hihihihih

    BalasPadam
  6. Sedapnya, hujan2 ni lapar je

    BalasPadam
  7. sedapnye kak...rajin akak buat...lieya selalu gi makan kat mr kabab tu...restoren arab kat sebelah umah lieya..sedap gak roti puri die...tapi tgk akak buat mcm terase nak cube gak buat sendiri....

    BalasPadam
  8. Saya suka makan dgn kari kambing. Tapi beli je, tak penah try buat pun.

    BalasPadam
  9. sedap ni kakcik... lg2 cicah ngn kari... dana penah bt tp tak jd gelembung mcm kakcik bt nih

    BalasPadam
  10. Asalm kakcik..sorry ya baru jenguk..sedap tu makan pepetang

    BalasPadam
  11. Oh macam ni ka nak buat. Dekat Kayu ni kakcik mamak mkn dgn kentang.
    Boleh lah cuba nanti, insyallah

    BalasPadam
  12. roti puri mmgsedap kakcik....en suami kat rumah nimmg pakar....rajin dia menguli n buat stok utk sarapan ank isteri...he3

    BalasPadam
  13. Okje pernah buat sekali KC....pas tu tak buat dah sampai la ni hihi....bukan tak sedap tp penyakit M dah mai hihi

    BalasPadam
  14. Kak, jangan banyak makan kari. Kat Asia Tenggara sekarang, Malaysia di tangga pertama untuk obesiti. Hahaha...

    Tapikan, tetiba rasa nak makan roti puri cicah kari ayam. Macamana nak buat ni ek!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com