Kawan-kawan kakcik

Khamis, 13 November 2014

Resepi 'cekodok tengah malam'...

...bukanlah tengah malam sangat pun,
cuma baru pukul 10.00 malam -
makcik teringin pulak nak makan cekodok panas-panas

terus ke dapur, tengoklah apa yang ada,
maka makcik pun mulakan 'projek cekodok'

bahan-bahannya :
(anggaran sahaja ni, makcik masak mana pernah main sukat-sukat)

secawan nasi (panas-panas lagi nasi yang makcik guna)
secawan tepung
segenggam daun bawang + daun sup *dicincang halus
sebiji bawang besar *didadu halus
sebiji telur
sedikit garam

caranya :

satukan semua bahan diatas
gaul rata
masukkan secawan air (air dari paip je)
gaul sebati
(air tu tak perlu banyak sampai cair bancuhan)
goreng dalam minyak yang betul-betul panas
api jangan besar, nanti hangus pulak cekodok tu!

sedap dimakan waktu masih panas - rangup je
(jangan pula sampai melecur lidah dan mulut, agak-agaklah kan?)

Alhamdulillah - kenyang sampai ke pagi.  :)




36 ulasan:

  1. Macam sedap jer.. eyza tak pernah lagi buat cekodok letak nasi.. kena try ni.. Tq kakcik sebab bagi resepi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Kalau suka pedas, boleh tambah cili dalam ramuannya. :)

      Padam
  2. Dah tua-tua macam ni, baru ini pertama kali saya dengar tentang cucur + nasi. Ingat Kakcik nak buat nasi goreng rupanya cokodok nasi.. Resepi gempaq ni akan saya sampaikan kepada puan isteri mana tau nanti dia nak buat nanti...

    BalasPadam
  3. Kakcik...
    Sedappppp yer
    Mmg nak kena cari daunbawang nih....

    BalasPadam
  4. Kakak dua hari lepas sarapan dan bekal anak dara ke sekolah buat macam ini juga kakcik. Senang, cepat dan kenyang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...

      Lagipun terjamin kebersihannya bila kita buat sendiri, kan? :)

      Padam
  5. Sy tak penah makan cekodok nasi. Tp teringin nak rasa. Nak kena try mcm ni.

    BalasPadam
  6. sedap kak chik... memang kalau kena panas2 sedap nya sehingga menjilat jarikan

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Kebetulan malam tadi kakcik makan ubat penenang...selepas bebeapa lama sukar hendak tidur dan asyik terjaga, subuh tadi kakcik terjaga jam 6 pagi... :)

      Padam
  8. kakcik..kat rumah saya yg suka bersilat didapur adalah anak dara saya hehe..kalau dia ada rumah...mcm tu la ting tong ting tong lewat2 malam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak bujang kakcik yang dua orang tu, suka juga memasak bila mereka lapar. Bagus juga, dah tak memerlukan bantuan emaknya lagi. :)

      Padam
  9. saya pernah buat sekali..tapi guna nasik sejuk je.. gebu cekodoknya.. sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...macam yang kakcik pernah tunjuk sebelum ini. Cekodok nasi ni lama tahan lembutnya... :)

      Padam
  10. Dah lama tak buat cucur.. pagi esok nak buatlah memandangkan esok saya bercuti rehat.. ;)

    BalasPadam
  11. wow..pukul sepuluh punya masak pun macam masak untuk pagi kakcik..siap boleh jual kalau rupa ini..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...tak sempat jual, dah habis masuk perut sendiri... :)

      Padam
  12. bestnya kalau kak chik jd mak saya...hiksssss
    dapat makan cekodok malam2....

    BalasPadam
  13. Aloloo...sedap nya.. Hubby saya kak.. kalau cekodok ni tak kira waktu.. sedap je pada dia.. pagi petang siang malam lah kalau boleh..

    BalasPadam
  14. aduhai..terus teringat Mak SA nyer cekodok mak...terus teringin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau SA drkat dengan mak, boleh mak tolong buatkan...:)

      Padam
  15. uiiii... sedapnya kakcik (^____^)
    malam ni macam kena buat jugak la ni... hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejuk2 dalam cuaca hujan ni sedap makan cekodok panas... :)

      Padam
  16. Saya baru makan cekodok awal pagi tadi, kak. Of courselah buat sendiri, tak beli kat gerai. Hahaha.... Sedapkan kalau pekena dengan air kopi/teh panas-panas. Alah kak, melecur tepi bibir sikit takpalah janji dapat makan ^_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com