...bukanlah tengah malam sangat pun,
cuma baru pukul 10.00 malam -
makcik teringin pulak nak makan cekodok panas-panas
terus ke dapur, tengoklah apa yang ada,
maka makcik pun mulakan 'projek cekodok'
bahan-bahannya :
(anggaran sahaja ni, makcik masak mana pernah main sukat-sukat)
secawan nasi (panas-panas lagi nasi yang makcik guna)
secawan tepung
segenggam daun bawang + daun sup *dicincang halus
sebiji bawang besar *didadu halus
sebiji telur
sedikit garam
caranya :
satukan semua bahan diatas
gaul rata
masukkan secawan air (air dari paip je)
gaul sebati
(air tu tak perlu banyak sampai cair bancuhan)
goreng dalam minyak yang betul-betul panas
api jangan besar, nanti hangus pulak cekodok tu!
sedap dimakan waktu masih panas - rangup je
(jangan pula sampai melecur lidah dan mulut, agak-agaklah kan?)
Alhamdulillah - kenyang sampai ke pagi. :) |
Macam sedap jer.. eyza tak pernah lagi buat cekodok letak nasi.. kena try ni.. Tq kakcik sebab bagi resepi.. :)
BalasPadamCubalah. Kalau suka pedas, boleh tambah cili dalam ramuannya. :)
Padamwahh mak..tepung gandum ke tepung beras?
BalasPadamTepung gandum je... :)
PadamDah tua-tua macam ni, baru ini pertama kali saya dengar tentang cucur + nasi. Ingat Kakcik nak buat nasi goreng rupanya cokodok nasi.. Resepi gempaq ni akan saya sampaikan kepada puan isteri mana tau nanti dia nak buat nanti...
BalasPadamCubalah. Mudah sahaja membuatnya...
PadamUihhh dapnyaaaaaa pepagi baca ni hiks
BalasPadamHaaa.... nanti boleh buat, ya... :)
PadamKakcik...
BalasPadamSedappppp yer
Mmg nak kena cari daunbawang nih....
Ha...cari jangan tak cari... :)
PadamKakak dua hari lepas sarapan dan bekal anak dara ke sekolah buat macam ini juga kakcik. Senang, cepat dan kenyang..
BalasPadamAlhamdulillah...
PadamLagipun terjamin kebersihannya bila kita buat sendiri, kan? :)
Sy tak penah makan cekodok nasi. Tp teringin nak rasa. Nak kena try mcm ni.
BalasPadamSilalah cuba. :)
Padamsedap kak chik... memang kalau kena panas2 sedap nya sehingga menjilat jarikan
BalasPadamHahaha...jangan jilat pinggan, sudah. :)
Padammesti lena tido kan...hahahaha
BalasPadamKebetulan malam tadi kakcik makan ubat penenang...selepas bebeapa lama sukar hendak tidur dan asyik terjaga, subuh tadi kakcik terjaga jam 6 pagi... :)
PadamAlhamdulillah... :)
BalasPadamkakcik..kat rumah saya yg suka bersilat didapur adalah anak dara saya hehe..kalau dia ada rumah...mcm tu la ting tong ting tong lewat2 malam..
BalasPadamAnak bujang kakcik yang dua orang tu, suka juga memasak bila mereka lapar. Bagus juga, dah tak memerlukan bantuan emaknya lagi. :)
Padamsaya pernah buat sekali..tapi guna nasik sejuk je.. gebu cekodoknya.. sedap..
BalasPadamBetul tu...macam yang kakcik pernah tunjuk sebelum ini. Cekodok nasi ni lama tahan lembutnya... :)
PadamDah lama tak buat cucur.. pagi esok nak buatlah memandangkan esok saya bercuti rehat.. ;)
BalasPadamMakan sewaktu masih panas...sedapppp :)
Padambestnya kalau kak chik jd mak saya...hiksssss
BalasPadamdapat makan cekodok malam2....
hehehe...buat sendiri pun senang je...:)
PadamHahaha...tak sempat jual, dah habis masuk perut sendiri... :)
BalasPadamAloloo...sedap nya.. Hubby saya kak.. kalau cekodok ni tak kira waktu.. sedap je pada dia.. pagi petang siang malam lah kalau boleh..
BalasPadamWah...senang la kalau macam tu... :)
Padamaduhai..terus teringat Mak SA nyer cekodok mak...terus teringin...
BalasPadamKalau SA drkat dengan mak, boleh mak tolong buatkan...:)
Padamuiiii... sedapnya kakcik (^____^)
BalasPadammalam ni macam kena buat jugak la ni... hoho
Sejuk2 dalam cuaca hujan ni sedap makan cekodok panas... :)
PadamSaya baru makan cekodok awal pagi tadi, kak. Of courselah buat sendiri, tak beli kat gerai. Hahaha.... Sedapkan kalau pekena dengan air kopi/teh panas-panas. Alah kak, melecur tepi bibir sikit takpalah janji dapat makan ^_^
BalasPadam