Kawan-kawan kakcik

Khamis, 13 November 2014

Ustaz Kazim Elias, tolong beri pencerahan...

...mungkin sudah ada pencerahan sebelum ini tapi saya tak jumpa dalam mencari....

Saya menerima buku ini sebagaia hadiah dari seorang
kawan.  Saya bercadang untuk membeli buku yang sama
untuk dihadiahkan kepada kawan yang lain...
...tapi bila membaca apa yang tertera seperti
yang saya bulatkan dengan pen itu, saya jadi
tertanya-tanya.  Apakah ianya fakta?  Benarkah
ada kurma goreng tepung dan roti jala berkuah
kari di zaman Rasulullah SAW?
Harap mendapat pencerahan...

12 ulasan:

  1. kakcik nk tya psl roti jala tu ke? hehe..zmn dlu mmg dh ad ke ek? cm pelik je

    BalasPadam
  2. Saya pun sama macam kakcik...rasa muskhil aje dengan maksud ustaz ...Kak cik minta izin share di FB saya yea...terima kasih...

    BalasPadam
  3. Ustaz Kazim memang suka beri ceramah dalam gaya santai dan banyak jenaka. Mengikut Ustaz Kazim, roti jala tak ada di zaman Nabi, itu cuma perbandingan tentang bagaimana Nabi buat kenduri. Lihat penjelasan dari Ustaz Kazim seperti dalam mStar Online pada 21.7.2014:

    "Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

    Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

    "Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?

    "Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya. (Petikan mStar Online 21.7.2014).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik baca berulang kali di muka surat itu tapi tidak pula disebutkan 'perumpamaamya jika di zaman Rasulullah....'

      Entahlah - terlajak perahu boleh ditarik....

      Padam
  4. saya pun tertanya tanya...
    Tapi terima kasih sebab bro JR dah beri pencerahan ;)

    BalasPadam
  5. nampaknya UKE telah beri penerangan di mStar berdasarkan jawapan dari JR, Waallahu a'lam

    BalasPadam
  6. Sepatutnya elakkan buat perbandingan macam tu..kalau org kampung yang dengar ceramah beliau dah timbul salah faham..

    BalasPadam
  7. Ok at least dah ada jawapan..Tapi paling tidak pun, tulis la 'sebagai perumpamaan ke, atau contohnya ke' tapi kita bersangka baik je la, mungkin ada kesilapan masa menaip dan editor tak perasan ke..

    BalasPadam
  8. Oh, nasib baik dah ada yang tolong perjelaskan isu ni. Pelik juga mendengarnya. Ustaz dalam bergurau pun patutnya kena beritahu kita si pembaca ni yang ianya hanyalah satu perumpamaan. Kalau tidak, kita ni pun jadi confused membacanya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com