Kawan-kawan kakcik

Isnin, 10 November 2014

AF - antara Akademi Fantasia dan Adik Faqihah - derma yang mana lebih bermakna?...

(ambik! bukan main panjang tajuk.  Kalau buat karangan dalam Peperiksaan SPM guna tajuk macam ni, diterima tak? Silap-silap nanti baca tajuk sahaja orang dah tak ingin nak tengok catatan ini. Terpulanglah, kan?...)

Adik Siti Nurfaqihah Huda binti Mohd Abdullah (sila klik pautan), dilahirkan dengan masalah kesihatan.  Lahir setelah berada hanya untuk tempoh 8 bulan dalam kandungan ibunya dengan berat 1.9kg sahaja.  (Kisah selanjutnya, tolong klik pada pautan di atas, ya)...

Kini Faqihah memerlukan rawatan susulan dan kos membeli makanan tambahan yang disyorkan oleh pakar perubatan. Walaupun ibubapa Faqihah adalah penjawat awam, namun aku sangat faham dengan prosedur-prosedur sementara hendak mendapatkan bantuan dari Jabatan Perkhidmatan Awam.   Kadangkala perlu mendahulukan wang yang bukan sedikit jumlahnya untuk membeli keperluan perubatan sebelum boleh dituntut semula yang tempohnya memakan masa agak lama.  

Jika ada belas di hati sesiapa yang membaca catatan ini, hulurkanlah sumbangan sekadar ikhlas dan mampu untuk menampung keperluan Adik Faqihah ke akaun ibunya seperti berikut :

Maybank - 158118035720

Siti Suhana binti Jamaludin




16 ulasan:

  1. salam
    singgah pagi
    sory hr nie bz skit

    BalasPadam
  2. semoga adik faqihah cepat sembuh..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..semoga Allah kuatkan semangat kedua ibu bapanya

    BalasPadam
  3. Ya Allah, moga anak ini segera diberi kesembuhan. Insya Allah ganjaran hebat utk keluarganya yang tabah.

    BalasPadam
  4. Salam kak cik...mudah2an adik faqihah cepat sembuh yea...tabahkanlah hati mu wahai ibu dan ayah.

    BalasPadam
  5. salam kenal..singgah blogwalking kat sini.
    titipkan doa semoga adik faqihah sembuh seperti kanak2 lain..

    BalasPadam
  6. Baik kakcik..terima kasih berkongsi..Jom sama2 kita menderma..

    BalasPadam
  7. memang bikin sentap bagi pengundi tegar AF tu kak..

    semoga adik faqihah cepat sembuh..

    BalasPadam
  8. Ya Allah...sedih sy klu dpt berita mcm ni. Inshaa Allah Kakcik.

    BalasPadam
  9. undi AF tu sekali undi berapa sen ya kakcik? saya tak pernah tahu

    BalasPadam
  10. Sama-sama membantu untuk kebaikan masyarakat kita.

    BalasPadam
  11. Kalaulah derma pun boleh buat by SMS ala-ala afundi AF, saya pasti ramai yg akan buat. Mudah, cepat dan ringkas gitu.. Tapi dgn lambakan program hiburan sekarang, hal kebajikan seperti ini langsung dipandang sepi. Hurmm..

    BalasPadam
  12. allahuakbar.. thanx sharing kak cik.. sedih tgk . mari la sama2 bantu mana yg mampu. moga murah rezeki n cpt adik faqihah sembuh.

    BalasPadam
  13. semuga urusan adik ini dipermudahkan..dan murahkan rezekinya..amin.

    BalasPadam
  14. Sy x tgk pn af. Peserta pn x kenal kecuali nuha tu sbb adik ipar kata suka tgk dia. Tau sbb dia srg je bertudung. Muka x kenal. Kenal nama je. Adik kecil ni mengingatkan sy pd anak and. Lahir ms kandungan 8 bln jgk. Brt pn 1.97kg je. Alhamdulillah... Xde mslh. Paru2 dia matang & x msk inkubator lgsg. Kecik comel je lahirnya.

    BalasPadam
  15. Saya dah lama pencen tengok AF ni kak. Masa dulu-dulu pun saya tak pernah derma sms. Saya tukang jerit kat rumah je marahkan juri ^_^

    Kesiannya adik ni. Haruslah didahulukan derma untuknya berbanding budak-budak AF tu. Buat habiskan top up jek!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com