...eh! bukankah aku memang selalunya rajin (dengan syarat, ada apa yang aku inginkan) untuk memasak di awal pagi...
Ada orang nak makan atau tidak, itu bukan persoalannya. Yang penting, atas meja sudah ada hidangan untuk dijamah oleh mereka yang sudi bila perut mereka lapar. Sering juga makanan yang kumasak tidak dimakan atas alasan-alasan mereka sendiri yang tahu. Mungkin tidak kena dengan selera mereka atau mereka memang sengaja mengada-ngada. Itulah jadinya bila mereka tidak pernah merasai apa yang dirasai oleh orang yang tidak punya apa-apa - seperti yang pernah kurasai suatu ketika dulu. Menekan perut yang lapar dengan harapan ia tidak meragam. Kadangkala terlena dalam mengharap - manalah tahu, tiba-tiba ada yang sudi menghulur sedikit 'pelapik perut'...
Ah... kenangan! Ia mendewasakanku dengan keinsafan. Aku bersyukur kerana hati ini masih ada belas dan ehsannya. Apakan daya kerana walaupun tidak lagi terpaksa menekan perut menahan kelaparan, aku juga tidak begitu mewah untuk sentiasa bersedekah. Benar, bersedekah tidak akan menjadikan kita papa, tapi kalau hendak bersedekah pun, biarlah bersesuaian dengan keperluan si penerima. Takkan hendak sedekahkan baju kepada orang yang mengharapkan sepinggan nasi, kan?
Apa pula yang aku melalut di hujung minggu ini? Entah! Kadangkala bila sudah mula mengetuk papan kekunci, ilham itu datang sendiri tanpa di sedari. Kadangkala pula, puas dipaksa tapi tak membuahkan apa-apa. Semuanya dari Allah juga...
Jom tengok 'set nasi lemak' yang kusediakan pagi semalam (hanya habis dimakan malam tadi)...
Pagi ini aku sediakan kuih dadar atau orang kampungku panggil kuih ketayap dan meehoon goreng sahaja. Malas pula nak letak gambarnya...
kuih ketayap tu agaknya kuih gulunglah kot kepada orang Nismilan.
BalasPadamSedapnya nasi lemak tu..
BalasPadamBila dorang xmo makan, terus rajuk.. malas masak jer rasa tapi bila fikir tanggungjawab, nak tak nak, kena juga
Nampak sedap je set nasi lemak nie ekekeke Rezeki hari nie~
BalasPadamTerlioq
BalasPadamRajinnya Kakcik masak. Anak2 saya tak suka kuih yg manis2, kalau kuih ketayap tu saya saja yg jadi tukang penghabisnya... :)
BalasPadamassalamualaikum kakcik...sedapnya bila tengok nasi lemak kakcik ni...:)
BalasPadamJarang sekali nak membazir rezeki.
BalasPadamSebab tahu takde siapa nak hidangkan utk saya :')
Sy juga mcm tu bila masak tak habis terasa membazir tp klau tak masak ada pulak yg bising lapar... Kerana tangungjwb buatlah jugak walaupun mengejar masa kerana bekerja.
BalasPadamSebab itu IM kekadang 'pening' kepala juga nak juadah apa untuk ibu_suri dan Akhmal. Tu baru 2 orang....Bukan apa... sebab mereka sekarang hidup di zaman senang. tak maca, kita dulu...
BalasPadam8 orang anak mak dan abah... apa saja letak di depan... semuanya clear!
saya suka nasi lemak kakcik tu lah mengancam nampaknya
BalasPadamghajiinlah tu memasak hari hari...kalau rumah dekat boleh kita bertukar lauk kan..kakcik masak ikan....nekcik masak sayur..tak payah berjenis jenis kan
BalasPadamrajinnya kak cik, ana ni selalu di landa wabak malas namun masak tetap masak untuk anak2 cuma menunya makin hari makin simple je heehee.. :)
BalasPadamNasi lemakmemang menupilihan sepanjang waktu.
BalasPadamSalam hari minggu KakCik.
Saya suka makan nasi lemak...
BalasPadamKadang-kadang time lunch pun cari nasi lemak...
sedapnya nasi lemak ayam goreng :)
BalasPadamorang kampung KY pun panggil kueh ketayap..
BalasPadamTiba-tiba saya rajin membayangkan diri ini akan ke dapur petang nanti menyediakan juadah dinner untuk seisi keluarga. Kat rumah saya lagi teruk, kak. Isi rumah 4 orang je tapi selera masing-masing memang tak sama dengan tukang masak. Tension selalu. Tapi takpa, tak nak makan, saya makanlah. Sedap apa saya masak!
BalasPadamAkak memang rajin walaupun buat kuih ketayap dengan meehoon goreng untuk sarapan. Saya kalau dah bab malas, saya goreng drummet/nugget untuk anak-anak, saya suami isteri makanlah cereal yang kononnya healthy sesangat (padahal malas sebenarnya)