(ambik! bukan main panjang tajuk. Kalau buat karangan dalam Peperiksaan SPM guna tajuk macam ni, diterima tak? Silap-silap nanti baca tajuk sahaja orang dah tak ingin nak tengok catatan ini. Terpulanglah, kan?...)
Adik Siti Nurfaqihah Huda binti Mohd Abdullah (sila klik pautan), dilahirkan dengan masalah kesihatan. Lahir setelah berada hanya untuk tempoh 8 bulan dalam kandungan ibunya dengan berat 1.9kg sahaja. (Kisah selanjutnya, tolong klik pada pautan di atas, ya)...
Kini Faqihah memerlukan rawatan susulan dan kos membeli makanan tambahan yang disyorkan oleh pakar perubatan. Walaupun ibubapa Faqihah adalah penjawat awam, namun aku sangat faham dengan prosedur-prosedur sementara hendak mendapatkan bantuan dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Kadangkala perlu mendahulukan wang yang bukan sedikit jumlahnya untuk membeli keperluan perubatan sebelum boleh dituntut semula yang tempohnya memakan masa agak lama.
Jika ada belas di hati sesiapa yang membaca catatan ini, hulurkanlah sumbangan sekadar ikhlas dan mampu untuk menampung keperluan Adik Faqihah ke akaun ibunya seperti berikut :
Maybank - 158118035720
Siti Suhana binti Jamaludin
salam
BalasPadamsinggah pagi
sory hr nie bz skit
semoga adik faqihah cepat sembuh..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..semoga Allah kuatkan semangat kedua ibu bapanya
BalasPadamYa Allah, moga anak ini segera diberi kesembuhan. Insya Allah ganjaran hebat utk keluarganya yang tabah.
BalasPadamSalam kak cik...mudah2an adik faqihah cepat sembuh yea...tabahkanlah hati mu wahai ibu dan ayah.
BalasPadamsalam kenal..singgah blogwalking kat sini.
BalasPadamtitipkan doa semoga adik faqihah sembuh seperti kanak2 lain..
memang bikin sentap bagi pengundi tegar AF tu kak..
BalasPadamsemoga adik faqihah cepat sembuh..
Ya Allah...sedih sy klu dpt berita mcm ni. Inshaa Allah Kakcik.
BalasPadamYaAllah..kesiannya..in sya Allh
BalasPadamundi AF tu sekali undi berapa sen ya kakcik? saya tak pernah tahu
BalasPadamSama-sama membantu untuk kebaikan masyarakat kita.
BalasPadamKalaulah derma pun boleh buat by SMS ala-ala afundi AF, saya pasti ramai yg akan buat. Mudah, cepat dan ringkas gitu.. Tapi dgn lambakan program hiburan sekarang, hal kebajikan seperti ini langsung dipandang sepi. Hurmm..
BalasPadamallahuakbar.. thanx sharing kak cik.. sedih tgk . mari la sama2 bantu mana yg mampu. moga murah rezeki n cpt adik faqihah sembuh.
BalasPadamsemuga urusan adik ini dipermudahkan..dan murahkan rezekinya..amin.
BalasPadamSy x tgk pn af. Peserta pn x kenal kecuali nuha tu sbb adik ipar kata suka tgk dia. Tau sbb dia srg je bertudung. Muka x kenal. Kenal nama je. Adik kecil ni mengingatkan sy pd anak and. Lahir ms kandungan 8 bln jgk. Brt pn 1.97kg je. Alhamdulillah... Xde mslh. Paru2 dia matang & x msk inkubator lgsg. Kecik comel je lahirnya.
BalasPadamSaya dah lama pencen tengok AF ni kak. Masa dulu-dulu pun saya tak pernah derma sms. Saya tukang jerit kat rumah je marahkan juri ^_^
BalasPadamKesiannya adik ni. Haruslah didahulukan derma untuknya berbanding budak-budak AF tu. Buat habiskan top up jek!