Kawan-kawan kakcik

Isnin, 3 November 2014

Jangan persoalkan kebaikan yang kita beri...

(catatan ini dibuat adalah berdasarkan ilham yang didapati sewaktu melihat kata kunci di nuffnang.  Salah satu yang dicari ialah 'orang sering lupa kebaikan yang kita beri kepadanya')

...kita pun sendiri kadangkala begitu juga -

suka menerima kebaikan, tapi selalu terlupa untuk mengingatinya.  Mungkin sekadar ada ingatan, tapi setakat itu sahajalah.  Bila kita 'marah', kita lupakan segala kebaikan yang pernah kita terima...

Apa yang sering terjadi, bila kita berbuat baik, balasannya tidak datang serta-merta dan tidak juga datang dari orang yang kita berbuat kebaikan kepadanya.  Kita juga selalu tidak sedar bahawa 'buat baik dibalas baik' itu bukanlah seperti membeli barang.  Hulur duit, dapat barang.  Tidak, ia tidak sering jadi begitu.  Sedangkan beli barang pun kadangkala kita berhutang.  Hulur kad hutang (kad kredit), dapat barang.  Balasan kepada kebaikan memang sering terhutang. Balasan kepada kejahatan juga tidak datang serta-merta. Yang berbuat jahat boleh kaya-raya dan bermewah-mewah, tapi adakah hatinya bahagia?  

Jadi, tak perlulah kita persoalkan tentang kenapa orang tidak mengingati kebaikan yang pernah kita beri.  Syukurlah kita dapat hidup dengan selesa tanpa menyesakkan dada dengan mengenang-ngenang 'penat saja aku berbuat baik, tapi apa pun aku tak dapat'. Cukuplah kita ada Allah yang tidak pernah leka dari menilai amalan kita sama ada baik atau buruk walau sebesar zarah sekalipun...

Wallahhuaklam.

7 ulasan:

  1. Kadang2 kita tolong orang, tapi nama orang lain pula yang naik. Tapi ketika itu tak perlu rasa marah kerana kita berbuat demikian bukan untuk nama tapi untuk kepuasan diri kita sendiri. Lagi pun mereka yang dah terbiasa membuat baik tak kisah sangat jika apa yang dia buat tak diingati sebab dia pun tak pernah terniat supaya dirinya diingati setiap kali membuat kebaikan...

    BalasPadam
  2. Yg penting, niatkan setiap kebaikan yg kita buat tu, demi Allah...utk keredaanNYA..sebab bila kita harapkan kredit dari manusia, kadangkala kita tak dapat...dan itu penyebab kita rasa sedih/ marah / kecewa

    BalasPadam
  3. Betul tu Kakak. Buat baik, insyallah Allah SWT akan balas kebaikan kita nanti.

    BalasPadam
  4. Setuju kakcik. Niat itu lebih penting kan.. (':
    InshaAllah akan cuba diterapkan dalam hati ni..

    BalasPadam
  5. InsyaAllah bila kita redha permudahkan laluan orang lain, hidup kita juga akan dipermudahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan azieazah, permudahkan urusan orang lain..pasti Allah permudahkan pula urusan kita..

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com