Kita sangat marah dan menjadi sensitif bila melihat orang lain memotong kuku pada hari Selasa. Kita sanggup cetak tentang larangan tersebut dan beri kepada orang yang sedang memotong kuku. Tercatat di situ bahawa jika memotong kuku pada hari Selasa, maka akan keluar sihat dari tubuh dan penyakit akan masuk. Orang bukan hendak mempertikaikan tentang larangan tersebut. Baguslah kerana kita sudi mengingatkan.
Tapi kenapa kita hilang keberanian untuk menegur orang yang meninggalkan solat pada setiap waktu dengan sengaja? Bila ditanya, kita kata sedang mencari masa untuk menegur. Hingga bertahun-tahun, teguran itu masih belum berani dibuat walaupun hanya dengan mencetak tentang dosa meninggalkan solat.
Jangankan orang lain, kadangkala kita 'takut' untuk menegur anak kita sendiri. Kita sangat berhati-hati konon nanti menyinggung perasaan anak sendiri. Sedangkan anak itu hanyalah amanah dari Allah SWT. Sebagai pemegang amanah, keutamaan sepatutnya diberi kepada Pemberi Amanah. Kita perlu mengikut apa yang telah diamanahkan. Apa sahaja pesanan-pesanan dan larang-larangan serta suruhan-suruhan, kita kena patuhi. Sebaliknya, kita lebih menjaga 'barang amanah' bagaikan barang itu yang menentukan hidup mati kita tanpa berpandukan arahan amanah yang diberi!
Sekali lagi, ini adalah ingatan untuk diriku sendiri...
Kakak kalau ahli keluarga dan saudara-mara sendiri memang berani aje mengingatkan kakcik... tapi org lain memang tak berani.
BalasPadamperingatan yang bagus mak..
BalasPadamPenting jaga solat ni kan KakCik. Sebab tu Nabi SAW pun mengingatkan umatnya tentang solat di saat kewafatan Baginda.
BalasPadamsaya potong kuku saya tadi kakcik, ya, pagi ni, pagi Selasa! hahaha
BalasPadamsebab kuku saya panjang dah..kang patient tgk " eiiiii apalah tangan doktor tu..kuku panjang!"
sy tegur jew.. cuma sakit hati sendiri jika disuruh tp tak jugak buat terus.. lengah2... huhu
BalasPadamManusia mmg tak makan teguran. Lagi ditegur, lagi dia marah dan sentap. Sobs!
BalasPadamsaya pon selalu dilanda serba salah mcm ni kak..huhu
BalasPadamterkesan sgt kat hati sy. :-(
BalasPadamsalams kak nor:)
BalasPadamtq mengingatkan:)
saya selalu potong kuku tak ikut hari, ikut dan jerk uhukkkk...
Saya selalu potong kuku seisi keluarga hari Jumaat sebelah malam! Tapi kadang bila tak menahan tetap juga potong bila dah panjang sangat! Biasanya nak menegur orang yang kita tak kenal/kurang kenal memang berat mulut ni. Tapi kalau setakat rajin bertepuk bertampar dengan kita tu, tegur ajelah.
BalasPadambetullah tu..kekadang susah nak menegur orang yg tak/melambatkan solat, waima anak/menantu sendiri..padahal itu amanah Allah. terimakasih acik berkongsi peringatan..
BalasPadamterima kasih kerana mengingatkan..hehe kadang-kadang suka hati je potong kuku hari ape pun..
BalasPadambab solat tu kan, memang susah nak tegur kalo ahli keluarga sendiri..orang luar lagi senang nak tegur^^^