Kawan-kawan kakcik

Ahad, 30 November 2014

Apa yang ada di MAHA 2014?...

MAHA 2014 telah berlangsung dari 20/11/2014 dan akan berakhir pada hari ini (30/11/2014).  Semalam = 29/11/2014, makcik telah pergi ke MAHA 2014 ini sebanyak dua kali - pagi hingga tengahari dan petang hingga malam.  En Suami bawa makcik ke sini untuk 'melihat-lihat dan  untuk cari ilham mengemaskini blog!'

Pagi hingga tengahari, cuaca adalah tersangat panas.  Petang hingga ke malam pula, hujan turun tanpa henti.   Sesiapa yang teringin berkunjung ke sini, hari ini (30/11/2014) adalah hari terakhir MAHA 2014 yang bertempat di MAEPS ini akan berlangsung, ya. Kalau hendak pergi, bawalah payung bersama.  Kawasan MAEPS ini sangat luas sehingga tak mampu kaki makcik yang kecil membawa bada makcik yang berat ini untuk berjalan di keseluruhan kawasan.

Walaubagaimanapun, ada disediakan trem secara percuma untuk membawa pengunjung dari satu tempat ke satu tempat.  Tapi kenalah beratur panjang untuk menaikinya.  Bayaran letak kereta dikenakan sebanyak RM5.00 ya...

Mari tengok gambar yang sempat makcik rakam dengan kamera telefon makcik ini.  Tak banyak gambar menarik yang makcik rakam sebab 'segan' (segan yang mungkin membawa maksud malu atau dalam bahasa kampung makcik membawa pengertian 'malas'!)

Makcik memang sudah sangat gemuk sekarang -
nak kata senang hati tak juga.  Bila susah hati,
makcik makan!

Pakcik ini memang sentiasa ceria...



Ada kiosk menjual kek keju - makcik suka!


Kalau rebus sedap tak?

Yang ini jom parut buat bingka!

Panas 'lit-lit'...

Makcik duduk dalam kereta - rasa kena panggang!

Roti Pool Haji

Enniiiii... angkat kain jemuran, hujan dah turunnnn


Tengok apa tu bang?


Ada penyanyi Nubhan mempromosikan
produk kecantikannya...

Ada tarian Zapin yang didatangkan khas
dari Kota Tinggi, Johor


lompat jangan tak lompat...

Ada pertunjukan fesyen tradisional -
kain songket yang diperbuat dari serat nanas

Tengok model-model yang kurus ni, terasa
sangat badan makcik macam tong dram!

Adake pengacara menyebut 'pertunjukan fesyen
yang akan di peragakan oleh pramugari-pramugari
jelita'.  Cepat je otak makcik berfikir, 'pramugari
dari syarikat penerbangan mana pulak?'...

...kalau tak tahu sebut 'peragawati', sebut sahaja
'model', kan senang?

Satu-satunya 'peragawan'

Makcik tonton pertunjukan ini hingga akhir sebab
makcik tak larat nak berjalan dah.  Di luar hujan
lebat dan  pakcik pula bertugas di 'booth' BERNAS

Tempat pakcik bertugas

Ada badut juga.  Makcik terserempak dengannya
di bazaar menjual makanan sewaktu hendak balik...

8 ulasan:

  1. Salam KakCik Seroja...atie pon g gak..slps HB semayang Jumaat...pegi bangunan A,B,C jer..yg lain tak g pon..penat jln!hehe..

    BalasPadam
  2. Akak tak larat kak cik..pergi tempat yang akak nak cari/beli je.

    BalasPadam
  3. Semalam saya ikut isteri pergi 'Raudhah TV9 Di Alor Setar'. Tapi sekeping gambar pun saya tak ambil. Dari dulu saya ada masalah tak suka berada di tengah kesesakan orang. Pergi cuma nak escort isteri (sebenarnya jadi tukang bawa barang2 yg dia beli), hehehehe...

    BalasPadam
  4. saya tak pegi MAHA tahun ni. sebab mak saya tak sihat...

    tapi best jugak Ayah Bob bawak mak gi sana sebab nak bagi bahan untuk update blog! ahahaha!!!

    BalasPadam
  5. Saya teringin nak beli kain songket yang dibuat dari serat nenas.

    BalasPadam
  6. banyaknya aktiviti yang boleh dibuat disni

    Buat pelam ka yang besar tu

    BalasPadam
  7. Baru je nak tanya kak kenapa pakciknya pakai baju lain-lain warna. Rupanya ada booth kat MAHA, haruslah hari-hari dok bertapa kat situ. Macam-macam ada rupanya MAHA ni, saya tak pernah pun pergi. Pramugari buat catwalk. Slip tongue tu, ada pulak yang perasan. Hihihi....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com