Di hari terakhir MAHA 2014, makcik dan pakcik pergi ke sana untuk mencari anak pokok tin. Bukan untuk dibeli tapi sekadar untuk melihat. Khabarnya harga anak pokok tin ini sangat mahal. Sehari sebelum itu kami telah melihat anak pokok kurma yang berharga RM180.00 sepokok...
...akhirnya berjumpa |
...aduhai - tengoklah harganya |
...yang ini pokoknya sudah agak besar, lebih tinggi dari pakcik kat sebelah tu. Harganya?... |
...nampak tu? RM1,200.00! |
Sudah ada buah yang kelihatan segar dan sihat. Makcik mesti teringat kepada buah ara bila melihat buah tin ini... |
...ditanam dalam pasu sahaja |
Makcik bagi iklan secara percuma sekiranya ada yang berminat hendak bertanya kepada pemilik nursery ini... |
Kami berjalan lagi dan terjumpa pula satu lagi tempat menjual anak pokok tin. Ada dua pokok di sini. Setiap satunya berharga... |
...RM500.00!!! |
Ada buah juga... |
Tengoklah besar mana pokoknya berbanding pakcik sebelah tu. |
Besar betul cili hijau itu. Abaikan sahaja pakcik yang suka melawak itu. :) |
Mari tengok sedikit gambar di hari terakhir MAHA 2014 ini. Betapa ramainya orang yang hadir seawal pagi lagi...
kakcik...mahalnya harga pokok tu...agak2nya ada yg beli tak..:)
BalasPadamMenurut penjual, ada yang beli. Pokok yang lebih kecil dan berharga dalam RM200.00...
PadamTeringat zaman belajar degree di UKM, Bangi. Ada pokok tin yang ditanam depan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan. Kalau tak silap saya, ada tiga pokok. Pokoknya dah besar dan banyak pula buahnya tapi tak pernah dipetik orang. Melihat keadaan pokok tin di UKM, macam dah lama ditanam di situ. Saya tak pasti sekarang pokok tin masih ada atau tidak. Saya terkejut melihat harga pokok tin dalam entri ini.
BalasPadamMemang sangat mahal, kan?
Padamperkkkh mahai bebeno... tp yelah al maklum pokok tu ssh nk jumpa kt sini kan
BalasPadamteringat dana masa keje kt utm skudai, kt tepi bangunan opis ada 1 pokok tin, mule2 tiap kali berbuah geram nengok buahnyer.... merah menyala tp lama2 baru tau itu buah tin n boleh mkn...sedap pulak tu... n setiap kali buah tu msk merah dana msti petik hehehe
Kita biasa makan yang dah kering je kan? Dapat yang segar dari pokok mesti sedap... :)
Padamkalau hidup terus tak pe kan kakcik..kot tak rugi beno..baik akak beli yang kering je la terus makan
BalasPadamTu la, kan? Buatnya tak hidup, rugi pulak rasanya...
PadamMahalnya kakcik!.
BalasPadamTapi memang tengok gaya memang boleh terus hidup tu.
Kalau ada yg kecik-kecik sikit dan murah ok juga beli tapi dah mahal macam tu org berduit ajelah yg membeli.
Kalau kakcik memang tak mampu la nak beli pokok tu...
PadamAina pon ada kat sana dari pukul 10am-4.30am tu pun tak sempat nak melawat dalam dewan asyik melayan kerenah anak2 nak tengok ikan, haiwan ternakan, haiwan peliharaan dan naik kereta dalam air yg mahal ya amat.
BalasPadamKakcik sapa2 yang teringin nak beli pokok tin boleh juga tanya kat sini http://abdulwahabarbain.blogspot.com/ tapi harga Aina tak tahu pulak.
Kakcik pergi kejap je pada hari terakhir tu. Hari sebelum tu, lama kakcik ada di sana...
PadamKalau beli, kena tanam dalam compound rumah, takleh kat luar..kena curi nanti! hahaha
BalasPadamHahaha... kalau orang tak pandai menilai, dia tak akan curi punya...
PadamAmboi mahalnya harga pokok tu. Pokok susah nak dapat sebab tu mahal harganya...
BalasPadamKhabarnya dah banyak pokok ini ditanam di Malaysia ni...
PadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamKalau ikutkan harga yang begitu tinggi, tak ramai orang membelinya. Kalau gerenti hidup tidak apalah kan. Mak Long ada dua pokok tin baru beberapa bulan. Sepokok dah berbuah. Harga taklah melambong tinggi gitu cuma USD9.00 (lebih kurang MR27.00) sahaja. Sebenarnya pokok tin mudah hidup.
Wa'alaikummussalam Mak Long...
PadamMurahnya harga pokok tu berbanding kat sini...
500??terbeliakkkk mata!
BalasPadammakkk aiiii mahl giler... kt mesir kn kak cik bersepah2... smpi da x heran ;-)
BalasPadambanyaknya pokok yang boleh dibeli.
BalasPadamMahal sungguh harga pokok tin.
ada jumpa blogger Bin Muhammad tak
Itu sebablah saya tak sampai MAHA ni, kak. Ramai orang. Kalau tak suka orang ramai, kena duduk rumahlah. Maklumlah saya ni retis suam-suam kuku. Hihihi....
BalasPadamMahalnya kak pokok buah tin tu. Ish, kalau beli kasut banyak pasang dah dapat. RM1,200 alahai sayangnya duit. Eh, tetiba je pandai berjimat cermat!