Kawan-kawan kakcik

Rabu, 1 Oktober 2014

Tak perlu ke universiti untuk membentuk sahsiah diri....

Tak tahu makna sahsiah diri?  Tak menagapa, klik sahaja PAUTAN INI (kalau tak boleh buka, carilah sahajalah maknanya di maya yang terbuka luas ini)...


Pernah tak bila anda berada dalam sesuatu majlis makan-makan atau di kedai makan/restoran, tiba-tiba anda terbantut selera? Kalau pernah sebab apa?  Mungkin sebab hidangan yang disajikan  tidak memenuhi piawaian selera atau anda memang sedang menghadapi masalah 'tidak lalu makan'?

Itu masalah biasa, dan kita pasti masih boleh duduk atau berbual-bual dengan rakan semeja dengan riak muka yang biasa.

Bagaimana sekiranya anda sedang enak menjamu selera dan tiba-tiba anda terpandang betul-betul di hadapan mata, ada orang yang tanpa segan silu sedang menganga-nganga mengorek gigi - mungkin dengan pencungkil gigi, mungkin hanya menggunakan jari atau paling teruk lagi menggunakan penyedut minuman! Apakah yang mungkin anda rasakan?  Tidakkah mungkin anda rasa hendak termuntah?  Haaa... tahu pun rasa nak muntah.  Jadi kalau kita tak suka dengan perbuatan begitu, kita pun janganlah cuba-cuba buat pula, ya?.

Belum lagi yang tidak menjaga gaya duduk mereka.  Ada yang mungkin untuk lebih selesa, mengangkat sebelah kaki ke atas kerusi.  Bukan dalam gaya bersimpuh atau bersila, tapi dalam gaya mencangkung (makcik bukan mereka cerita, tapi pernah melihat kejadian depan mata di sebuah restoran terbuka).  Yang buat begitu, bukannya orang tua, tapi masih muda belia.

Yang batuk, yang bersin, yang berkahak, yang berdecit-decit - semuanya biasa kita jumpa.  Iyalah, kalau dah sakit, bukan boleh ditahan-tahan, kan?  Tapi sebenarnya, kita boleh mengawal diri kita.  Batuklah, bersinlah, tapi sediakan penutup mulut seperti sapu tangan atau kain napkin.  Cepat-cepat tutup mulut bila hendak terbatuk, terbersin.  Kalau nak berkahak, masuk cepat-cepat ke bilik air.  Tutup pintu rapat-rapat. Nak berdecit-decit tu, pergi berkumur.  Keluarkan apa yang tersekat.  Alaaaaa...benda-benda begini, tak perlu masuk belajar ke universiti.  Sebab yang keluar dari universiti pun ada yang tak tahu menjaga pekerti...

Kalau kita tak suka orang berbuat yang tidak elok, kita pun kenalah mulakan dengan diri kita untuk berbuat yang baik-baik sahaja. Lainlah kita memang jenis yang besar kepala - suka berbuat yang orang tidak suka untuk menujukkan betapa tidak beretikanya kita!

15 ulasan:

  1. Sahsiah diri ni kena didik dari awal/kecik kalau dah lewat pada dia tak ada apa sedangkan kita yg memandang rasa kurang senang.

    BalasPadam
  2. lagi satukan..suka meletakakn sisa makanan di atas meja. apalah salahnya letak kat tepi pinggan,kalau rasa mengangu ambilsaja piring lain untuk letak sisa makanan tu..

    BalasPadam
  3. Terdidik dari rumah. Kan? Cakap banyak pun, kalau dah jadi kebiasaan orang.. susah jugak. So kita yg ada kesedaran ni, ubah diri kita. Hope dapat jadikan contoh utk dorang.

    Ehh, bagi ceramah lak~ Huu.. :P

    www.vitaminsuci.com

    BalasPadam
  4. salams kak cik, betul...mereka tak sensitif dengan org di persekitaran...

    BalasPadam
  5. ada separuh org tak sensitif bab2 ni kak... selamba aje...

    BalasPadam
  6. Sepatutnya kena jaga adab-adab masa makan kan Kakcik. Kena jaga hati orang lain yang tengah makan juga.

    BalasPadam
  7. Menggelikan!
    Mmg masyarakat kita, walaupun dah tahun 2014, ramai yg failed bab sahsiah ni.
    Benda macam ni mmg kalau dalam budaya Barat, mereka didik sejak awal...' table manners' katanya..
    Kita pun sebagai org Melayu Islam, ambil lah contoh terbaik...siapa lagi kalau bukan akhlak cara makan Rasul SAW

    BalasPadam
  8. Bila dah jadi habit memang susah nak ubah, kecuali berlaku sesuatu miracle terhadap orang itu.
    Saya pernah makan di sebuah restoran dan tiba-tiba terdengar suara kentut yg sangat halus dari satu penjuru. Orang yang di penjuru tu buat tak kisah saja...Walaupun tak ada bau, tapi ia sangat menganggu...

    BalasPadam
  9. Berusaha untuk mengawal diri dari berbuat sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri.. Kalau orang boleh hormatkan kita, kenapa kita tak boleh.. ;)

    BalasPadam
  10. ermmm betul2 antara sebab KA malas nak makan diluar ni !

    BalasPadam
  11. heheh...teringat suami saya cerita ada sorang kawan dia kalau makan nasik habis comot pipi..makan macam budak umur 2 tahun.heheh..sampai sekarang dia tak pernah nak makan sama2 dengan kawan nya tu sebab takut hilang selera..

    BalasPadam
  12. emm betul tu kak..sahsiah kene bentuk sejak kecil lg..kene hormat rakan disekeliling

    BalasPadam
  13. Di universiti, tidak ada kursus khas untuk para pelajar mempelajari ilmu adab. Para ulama Islam zaman silam, Ibnu Mubarak berkata: “Aku mempelajari adab selama 30 puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun dan adalah mereka (para ulama) mempelajari adab kemudian barulah mempelajari ilmu. “

    Jika masa mempelajari ilmu adab mengambil masa selama 30 tahun, berapa ramai ibu bapa yang khatam ilmu adab? Jika ibu bapa tidak khatam ilmu adab, bagaimana anak-anak hendak belajar ilmu adab? Ilmu adab ini bukan soal seseorang masuk atau keluar universiti tetapi kejahilan ilmu mengenai adab adalah disebabkan ibu bapa yang berkahwin tanpa sempat mendalami ilmu adab sedalam-dalamnya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com