...dek kerana itu aku jadi sangat mengerti pada yang bernama :
- kesempitan
- ketidakmampuan
- halangan untuk memenuhi keinginan
- dan pelbagai kesulitan
lalu kini aku tidak merungut bilamana :
- yang kuinginkan tidak kesampaian
- yang kuidamkan tidak tercapai tangan
- yang kuimpikan tidak menjadi kenyataan
Dulu-dulu... iya, takkan terluput dari ingatanku :
- ibubapaku sangat tidak mampu, walau hanya beberapa ringgit yang aku perlu
- lalu aku pasrah, berbekalkan nasi putih, sambal bilis dan telur rebus untuk berkelah
- begitu juga dengan duit belanja sekolah, dua kupang (dua puluh sen) sudah dianggap mewah
- pernah sekali aku mengikuti rombongan ke Pulau Pinang, hanya lima ringgit jadi bekalan
- namun aku tidak kecewa, sebaliknya rasa gembira dengan kawan-kawan dapat bersama
...tapi kini anak-anakku tidak mengerti
- apa yang mereka ingini perlu dipenuhi
- tidak segan-segan menunjukan tidak puas hati
- bagaikan beraja di mata bersultan di hati
- susah payah ibubapa tidak dipeduli...
Semoga tercapai semua hajat yang akak hajati.
BalasPadamSabar Kakchik..
BalasPadamMOga Allah sentiasa memberkati kakchik
:)
Inflasi ekonomi Malaysia zaman dulu tidak setinggi zaman sekarang walaupun indeks ekonomi sekarang masih berdasarkan indeks harga pengguna 1970. Inflasi ekonomi yang rendah menjadikan wang zaman dulu bernilai tinggi walaupun 2 kupang (20 sen) apatah lagi kalau RM5.00. Zaman sekarang apa yang boleh dibeli di sekolah dengan 2 kupang? Setakat sekali masuk tandas di shoping complex bolehlah.
BalasPadamkesusahan mengajar kita erti menghargai...kanak2 sekarang..senang dapat sesuatu yg dihajati sbb tu jarang menghargai..
BalasPadamKakcik.. sy pun org susah.. tp nape sesetengah org memandang sgt pd harta benda dan asal usul.. wpun xde la senang mana skrg tp sy xpernah minta pd sesiapa pun.. benci benar eks diorg pd sy yg miskin hina nih.. huhu.. #teremolak
BalasPadammakcik pun dulu dapat dua kupang......
BalasPadambudak sekarang payah nak faham....bila kita start nak cerita...depa dah ckp......"ohhh, itu zaman bila tuuuuu..."
kena buat pekak jugak kadang2 kan..
semoga dipermudahkan segala urusan kak..insyaallah
BalasPadamselalu kllau dok cerita pasal zaman susah dulu dulu,anak anak buat derk saja...mama dah nak jadi cikgu sejarah pula dah kata depa.Terbaik tulis saja dalam blog supaya depa tahu akar tunjang mereka dimana.Nak baca baca.Tak mahu sudah...haha.
BalasPadamGITU LAH ANAK2 KAK CIK .. SAMA LAH KEKADANG MENGHADAPI PERKARA YG SAMA ... WALALUPN YG KECIK GITU PUN
BalasPadamBagi saya, saya kena terapkan sekali sekala rasa susah pada anak anak saya..kalau tak nanti saya risau mereka dah terbiasa senang, bila dtg ujian nanti..mereka merungut merintih
BalasPadamSaya juga pernah susah dulu. Malangnya anak-anak bila diceritakan kesusahan kita dulu mereka ingat kita tokok tambah skrip pada hal itulah yang sebenarnya...
BalasPadamsayu baca coretan kak cik ni (T T)
BalasPadamAkak itu hakikatnya...Dulu kita terima keadaan ibu bapa, faham kalau diaorang susah. Anak-anak sekarang memang tak tau kita tengah ada duit ke tidak..Saya akan cakap kalau saya takde duit, biar diaorang faham hidup tak selalunya senang. Biasanya diaorang akan monyok dan masam je lah muka kalau tak dapat apa yang dia nak tapi nanti saya akan terangkan elok2 bagi diaorang faham.
BalasPadamalhamdulilah.. syukur !
BalasPadamPercaya lah kakcik..bukan kakcik saja yang mengalami macam tu..saya rasa semua orang pun rasa macam tu termasuk saya jugak..Sabar jer lah..pergi makan angin kakcik..kita penat bekerja siang malam..masa diaorang pun akan sampai satu hari nanti...saya pun tolong anak anak yang perting2 saja..yang lain pandai pandai korang lah...kalau pinjam..kena bayar ya...duit bukan datang dari langit dan mak abah bukan hidup sampai esok saja..sedara mara pun satu gak..ada saja nak cari kita timemacam ni...sabar dan istifar saja..kadang2 anggap kan sedekah saja...hahhaa
BalasPadamBetullaa kakcik
BalasPadamAnak2 sekarang tak rasa kesusahan dan kesukaran kita waktu kita kecil2 dulu.
Satu sebab kerana kita tak sampai hati nak didik anak kita macam dulu2 kita dididik.
Nak cuba semula macam dah lambat.
Hanya yg boleh kita kena ingat2kan depa macamana susahnya kita zaman dulu.
Jauh beza dulu dan sekarang.. anak2 bila tak dapat mula nak merajuk tapi saya tak suka manjakan dorang dengan kemewahan.. cukup dengan apa yang ada.. yang penting semua selamat dan dijauhi dari perkara2 yang tidak elok.
BalasPadamank2 skrg mewah....apa yg mrk hajati senang dpt.....terlalu banyak bezanya dgn zaman kita dibesarkan.....
BalasPadam