Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 11 Oktober 2014

Menjadi Penjawat Awam, maknanya kena duduk diam-diam?...

jangan cakap banyak
kalau tak mahu kena lanyak

andai banyak omelan
nanti didakwa di bawah Akta Hasutan
walau katanya akta itu sudah dimansuhkan
tapi tetap ada akta yang seakan-akan

jadi ada orang berkata
'bersyukurlah kamu dengan Kerajaan yang ada
telah banyak kehendak kamu diikutkannya
perlu apa lagi kamu mengada-ngada
tidakkah kamu tahu bersyukur adanya
rezeki kamu itu Kerajaan yang sedia'

AllahhuAkbar!  AllahhuAkbar! AllahhuAkbar!
Ampunkan mereka Ya Allah
jangan kerana keceluparan mereka kami turut kena musibah
mereka dicucuk lalu mereka terlatah
lupalah mereka sesungguhnya rezeki itu dari Allah

bagiku senang sahaja
siapa pun jadi ketua
pasti perut mereka yang diutama
kemudian keluarga dan sahabat handai mereka
yang melalak ini tempatnya entah yang ke berapa

jadi untuk apa kita berbalah
penjawat awam termasuk guru sekolah
hentikan persengketaan yang tak sudah-sudah
niatkan bakti kita semata-mata kerana Allah

6 ulasan:

  1. Betul tu Kakcik. Pada saya bajet ni untuk kita tahu aje. Yang lain-lain rasa susah nak mimpi. Kena berusaha dengan diri sendiri.

    BalasPadam
  2. Kakcik
    Yg saya nampak, bila penjawat awam buat salah sprt rasuah, cepat jer kena tangkap..
    Yg sebesar2 pangkat macam menteri SPRM macam tak berkuasa nak tangkap mereka...
    Memang banyak berbezaannya...
    Jika menteri2 zuhud sprt menteri Khalifah Abdul Aziz di zaman nabi... SPRM pun tak akan wujud.

    BalasPadam
  3. Penjawat awam buat kerja, Menteri dapat nama baik. Penjawat awam atas nama "saya yang menurut perintah" buat sesuatu ikut arahan Menteri, akhirnya penjawat awam masuk lokap, Menteri lepas tangan...hehehehe...Nasiblah kan..sapa suruh jadi penjawat awam, tak mau jadi Menteri..?

    BalasPadam
  4. Pasal itu.. BOSS penjawat awam... angguk ajer.. walaupun.. dalam HATI..kata.. BANGANG nya..menteri aku nih....

    BalasPadam
  5. Memang itulah resmi kehidupan....' telan' je le...kalau x mau 'ditelan'..

    BalasPadam
  6. Memang dah kalau gitu..
    Inikan negara demokrasi terpimpin..
    Lah sangattt...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com