Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 10 Oktober 2014

Belanjawan 2015 - tiada yang kuharapkan...

nak harapkan kenaikan gaji?
- aku sudah tidak bekerja lagi
kalau pun ada -
pergerakan pencen yang tidak seberapa

marhaen seperti aku -
memang bersyukur selalu
selagi dapat makan
selagi dapat menyarung pakaian
selagi dapat melihat matahari dan bulan

walau hakikatnya -
hutang sentiasa ada
pinjaman tak pernah lepa
kadangkala rasa bagai tak sempat bernyawa
sedangkan hidup perlu diteruskan juga

kata mereka -
teruskan berusaha
jangan tahumu hanya meminta-minta
kalau kau tidak bekerja
rezeki takkan bergolek ke atas riba

kata mereka lagi -
berbelanjalah ikut keperluan
bukan  ikut kemahuan
jangan kau mengharap dapat ikan
kalau pancing malas kau hulurkan

yang mereka tak nampak -
sungai sudah penuh keladak
laut juga sudah mendak
ikan muncul hendak tak hendak
akhirnya hasil orang lain yang rompak

kasihan kudengar keluhan menteri -
gajinya sudah tidak mencukupi
terpaksa ikat perut hari ke hari
demi memuaskan kehendak anak isteri

eh silap -
katanya duit untuk kegunaan rakyat
tak mengapalah walau beliau hidup melarat
tengoklah rumah rakyat yang bertingkat-tingkat
di halaman pula kereta berjenama hebat

apa-apa sahajalah -
tahuku hanya mengetuk huruf
mencari keserasian dalam bertaaruf
bukan bermaksud mendambakan jodoh
tapi meluahkan perasaan yang kadangkala terasa bodoh


31 ulasan:

  1. itulah kan mak... ikat perut katanya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita ni dah tak tahu nak ikat kat mana, kan Amin? ;-)

      Padam
  2. tak harapkan apa-apa bonda...kita rakyat nie ikut jelah kan..lainlah suara kita mereka dengar..

    BalasPadam
  3. Sekurang kurangnya pencen kakcik akan naik juga..
    Org macam saya ni?
    Hihihihih...
    Tak pe lah kakcik...kita mohon padaNYA..
    Insya Allah ada rezeki kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyalah... rezeki itu milik Allah dan Dia berhak memberi kepada sesiapa juga...

      Padam
  4. ape aje yang keluar nnt... ketuk meja jugak yg menarik perhatian.

    BalasPadam
  5. Kesian menteri-menteri kita mereka kena ikut perut hingga terpaksa memiliki beberapa kereta mewah, banglo besar dan beberapa orang isteri saja....kesian...

    BalasPadam
  6. Kita pakat tunggu apa yang akan dapat dinikmati oleh rakyat. Petang nanti boleh dengar kan KakCik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik malas nak dengar yang berjela-jela siap dengan sindiran-sindiran tu. Nanti kakcik nak tahu isinya saja... :)

      Padam
  7. lepas ni nak mintak keja gomen la kak, tapi entah diterima ke tidak...maklum la diri tak la muda remaja. tapi best keje gomen ni, pasti setiap tahun BONUS sampai berkali2 siap naik pulak tu setiap tahun...hebat hebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tak banyak mana pun bonus tu, BR1M mungkin lebih banyak...

      Padam
  8. huhuhui.... dana pun tak mengharap, sbb kalu mengharap tp tak dpt spt di harap kita yg hampa, baik nya kite teruskan hidup spt biasa.... sbb tiap tahun nilai duit kita makin kecik, kalu dulu duit 5sen boleh dpt gula2 sebiji dua, skrg 5sen kite tak berapa nk pandang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangankan 5 sen Dana, duapuluh sen pun hanya nilai kenaikan harga minyak je...tapi tak nampak apa pun...

      Padam
  9. Masalahnya, kakcik tak pandai memasak dan tak pandai berniaga, Diana. Silap2 haribulan, sebab nak meniaga nanti kehilangan kawan...huhuhu

    BalasPadam
  10. Menteri ikat perut?
    Zaman menteri ikat perut macam zaman rasulullah dulu mmg takda laaaa
    Tak akan jumpa lagi laaa

    BalasPadam
  11. Kadang-kadang, hisup zaman 60an lagi baik la... Tak payah pikiaq pasai harga minyak nak naik..

    BalasPadam
  12. jika periuk besar semakin besarlah keraknya..tak gitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...walaupun periuk letrik, tetap berkerak juga...

      Padam
  13. begitu padat dan jitu tuju-tujuan kakcik pada mereka.. saya sokong kak cik!
    #teamkakciknurseroja

    BalasPadam
  14. maksud tersirat di sebalik luahan kata..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com