Kawan-kawan kakcik

Selasa, 28 Oktober 2014

Catatan ke 2727 - bukankah Allah SWT mengharamkan arak dan judi?...

...jadi bila masa pula ada judi halal dan judi haram ni?  Sudah terang lagi bersuluh serta jelas dan nyata, Allah SWT telah menurunkan ayat yang maksudnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. "  (Surah Al-Maidah Ayat 90)


FirmanNya lagi :


"Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan 
beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." (Surah Al Baqarah Ayat 219)




Tapi sudah namanya manusia, egonya sering membuat mereka lupa.  Aturan Allah sudah tersedia, tapi kita hendak memandai-mandai juga.  Kononnya bila diberi lesen, yang haram boleh menjadi halal.  Adakah diterangkan di situ bahawa ianya hanya halal untuk orang bukan Islam?  Bagaimana hendak didefinisikan perkataan HALAL itu?  Memadaikah hanya dengan meletakkan logo HALAL yang dikeluarkan pihak berkuasa?  Atau memadai dilekatkan sekeping SIJIL yang menunjukkan 'berjudi di sini adalah dihalalkan'?

Setelah dikeluarkan sijil dan bila ia didatangi oleh orang Islam, kemudian diserbu oleh pihak berkuasa Agama, bolehkah penjudi Islam itu menjawab 'saya berjudi di tempat yang dihalalkan'?


Mungkin sukar untuk membanteras kegiatan judi di negara yang masyarakatnya terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Halal bagi mereka bukan bermakna halal bagi kita.  Tapi, untuk memberi kefahaman tentang halal dan haram bukan lagi satu tugas yang mudah bilamana pemikiran anak muda zaman ini melampaui apa yang sepatutnya mereka fahami.   

Jangan sampai mereka membuat tindakan yang tak pernah kita jangkakan semata-mata untuk menunjukkan apa yang mereka faham tentang hukum agama, dan kita pula terlatah-latah melihat telatah mereka.  Kemudian, bila mereka minta maaf, kita pun jadi lupa sedangkan kefahaman mereka tak terbetulkan juga.

Tolonglah wahai pihak berkuasa dalam bidang agama, jangan memikirkan kemudahan-kemudahan yang anda dapat dengan duduk di kerusi yang selesa.  Bertegaslah.  Katakanlah yang benar walaupun pahit.  Walau mungkin terpaksa hilang jawatan dan keselesaan, tegakkanlah yang hak dan perangilah yang batil. Kecelaruan kian berleluasa, tapi kita seolah-olah tidak peduli. Cukup dengan mewar-warkan satu dua kes sehari, yang lain-lainnya dipandang sepi.

Seperti biasa, catatan ini adalah lebih sebagai peringatan untuk diriku sendiri.  Aku - seorang ibu, yang masih gagal untuk mempastikan anak-anakku sendiri mendiri solat dengan betul dan sempurna - sedangkan didikan itu sebenarnya bermula dari rumah sendiri!  Apa yang hendak kuharapkan dari luar, bila yang di luar itu tarikannya lebih kuat dari peganganku kepada tangan anakku...

15 ulasan:

  1. Benar kakcik.. halal dan haram bukan boleh diluahkan melalui bibir dan akta semata. Tindakan dan hukuman kena seiring. Yg duduk di atas dan punya kuasa kena tunjuk dulu jalan sama macam kita mak/ayahnya...

    BalasPadam
  2. Allah dah jelaskan ianya Haram. Kenapa perlu di "lawan-lawan" lagi kan.

    BalasPadam
  3. pihak berkuasa!!! tunjukkan kuasamu

    BalasPadam
  4. entahlah kakcik...skrg ni byk isu yang boleh mengelirukan terutama kepada anak2 yg baru nk hidup......semuanya punca dari org2 cerdik pandai jugak.

    BalasPadam
  5. Kakcik, jgn mrh2 ya? Klu difikirkan sgt, mmg mrh Kakcik. Sy ni, sampai dah jeran nak mrh2. Tapi dtg isu2 baru pun, ttp rasa nak mrh jugak. Kdg isu yg hangat diceritakan pun, tak lebih dr polemik politik yg ada kepentingan.

    Sobs!

    BalasPadam
  6. Arak halal tak pernah dengar lagi. Tapi judi halal ada di man-mana - 4 nombor ekor, toto, kasino di Genting Highland. Kadang2 rasa macam nak tergelak bila ada orang kata Malaysia negara Islam....

    BalasPadam
  7. menarik ni kakcik.. sesuatu utk kita sama2 fikirkan !

    BalasPadam
  8. tu yang pelik tu..kalau bayar kat depa semua jadi halal.kalau tak bayar,tak de lesen terus jadi haram..cemana la rakyat nak paham kalau cara mereka pun mengelirukan.

    BalasPadam
  9. bila manusia mengatakan bahawa logik akal lebih penting berbanding hukum & hakam.

    BalasPadam
  10. PELIK SEKARANG NI KAK ... KEKDG PERKARA ASAS PUN JADI TAK TAU....

    BalasPadam
  11. hukum seolah dipermainkan..
    pengaruh luar memang kuat

    BalasPadam
  12. Sebagai ibu ada kalanya kita dibendung rasa bersalah sangat kan Kak Cik...
    Terasa sangat kurang didikan kepada anak anak, hanya doa yang mampu kita titipkan buat mereka moga sentiasa dipelihara olehNya

    BalasPadam
  13. pengaruh luar sgt kuat menghantui diri kite.yg lemah ni.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com