Kawan-kawan kakcik

Rabu, 8 Oktober 2014

Bagaimana kau menyapa ibumu?...

... adakah sebaik melihat wajahnya, kau akan bertanya :

'ibu sihat?  ibu sudah makan?'

kalau jawabnya 'belum'

adakah kau akan menyambung :

'ibu mahu makan apa?  ibu mahu saya masakkan?'

atau

'ibu ada keinginan yang boleh saya belikan?'

atau sebaliknya, sebaik memandang wajah lesu ibumu,

pertanyaanmu adalah :

'ibu tak masak apa-apa ke?'

'ibu tahu tak saya sedang lapar dan ibu boleh duduk saja-saja?'

Sebenarnya anak, apa yang kau tahu tentang isi hati ibumu?

Tahukah kau keluh kesahnya yang sentiasa memikirkan dirimu?

Tahukah kau betapa risaunya bila tidak dapat memenuhi keinginanmu?

Tahukah nyawa pun sanggup digadaikan andainya laku?

Tapi kamu?

Kamu hanya tahu kemahuanmu dipenuhi

Kehendakmu dipatuhi

Tak pernah kau terfikir ibumu sewajarnya disantuni

dan... kau masih tega meletakkan segala kesalahan di bahu ibumu sendiri!




15 ulasan:

  1. huhuhui... terkadang kita terkhilaf, teringat zmn budak2 lg... tak terpikir, bila dh jd seorang ibu kita lebih menghargai ibu...

    skrg ni tiap kali call mak kt kg, yg sibuk di tanya msti cucu nya, dgr suara cucu dia dh hepi sampai menitiskan air mata...

    BalasPadam
  2. tak berani nak cakap macam tu kat mak..silap2 kena penampar..heheheh..Kat kawan2 pun kita tak sanggup nak cakap gitu apa lagi kat mak..Orang Jenis tak de hati perut je yang sanggup cakap macam tu kat mak..

    BalasPadam
  3. salams kak
    harap2 anak2 tak jd macam tu...nauzubillah....

    BalasPadam
  4. Kita juga seorang ibu semoga Kita memahami perasaan ibu Kita

    BalasPadam
  5. kdg2 terfikir kenapa anak je kena jaga hati ibu?
    sdgkan ibu boleh berkata apa saja kerana dia IBU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Susah payah ibu mengandung dan melahirkan kita memang tidak akan terbalaskan.

      Memang adakalanya, kita sebagai anak sangat 'makan hati' dengan ibu kita sendiri. Tapi itulah ujian untuk kita tangani kerana andai hari ini hati ibu kita sakiti, jangan bertanya bila esok-esok anak-anak kita pula menyakiti hati kita.

      Allah dan RasulNya telah mengingatkan agar kita sama-sekali jangan sekali-kali menyakiti hati ibu.

      Wallahhuaklam...

      Padam
  6. Hmm.. Biasanya bila jaga ibu yg dah tua dan byk kerenah, kadang2 hilang sabar tapi lepas tu baru teringat balik siapalah kita utk merungut. Teringat arwah Ma.
    P/s: tandas di rumah org yg tak reti jaga tandas awam tak hingin kita menjenguknya kan Kakcik? Haha

    BalasPadam
  7. kekdg tanpa sedar kita menyakiti hati mak .... saya alhamdullilah walaupun sudah berkahwin masih lagi berkunjung umah ibu saya.. siap kan makan minumnya sebelum pulang ke rumah begitu lah rutin saya sehingga akhir hayatnya .. alhamdullilah mendpt somi yg sgt memahami......

    BalasPadam
  8. semuga ibu ky tidak sampai menguji kesabaran ky..insyaAllah..

    BalasPadam
  9. saya dengan ibu kurang rapat.. tapi, saya masih lagi memikirkan apa kemahuannya & bagaimana nak tingkatkan hubungan ini.. hurmmm..

    BalasPadam
  10. Kata orang bagaimana kita melayan ibu kita semasa kita kecil, begitulah juga kita akan mendapat layanan dari anak-anak kita. Tapi benarkah begitu? Rasanya kenyataan itu tak 100% betul...

    BalasPadam
  11. Kena jaga hati ibu bapa kita. Insyallah hidup kita akan selamat.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com