Alhamdulillah, diam tak diam, sudah 3 minggu makcik bergelar YB (Yang Bersara). Setakat ini, kehidupan berjalan seperti biasa dan sudah mula rasa selesa dengan setiap hari yang dilalui.
Di kesempatan ini, melalui blog 'syok sendiri' ini, makcik mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak JPA Pencen dan kakitangannya yang telah mempermudahkan urusan kelulusan dan bayaran ganjaran serta pencen bulanan makcik.
Makcik bersara secara pilihan sendiri di usia 53 tahun 7 hari berkuatkuasa pada 1/9/2014. Ganjaran perkhidmatan masuk ke akaun bank makcik pada 4/9/2014 dan bayaran pencen pertama untuk bulan September masuk tepat pada tarikh yang dijadualkan. Walaupun sebelum ini makcik difahamkan bahawa bayaran ganjaran perkhidmatan dan pencen pertama hanya akan masuk secepat-cepatnya dalam tempoh sebulan atau sebulan setengah dari tarikh persaraan, ianya tidak berlaku begitu.
Jangan tanya tentang ganjaran yang makcik dapat. Ianya habis digunakan untuk melangsaikan hutang piutang yang sekiranya makcik terus bekerja sehingga usia 60 tahun pun, hutang itu akan terus mengekori. Setidak-tidaknya sekarang, walaupun tidak menerima gaji bulanan seperti sebelum ini, makcik tak pening dengan jumlah terkumpul yang perlu dibayar setiap bulan. Masih ada juga hutang-hutang duniawi yang belum dapat makcik selesaikan, tapi ia mungkin tidaklah sangat membebankan seperti sebelum ini.
Makcik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Rafie - seorang kakitangan di JPA Pencen yang sangat ramah dan bermuka manis melayan makcik sewaktu makcik berjumpa dengannya. Walaupun pada mulanya nama yang diberi untuk makcik berjumpa adalah orang lain, tapi makcik tidak tersilap orang bila berjumpa dengan En Rafie. Kalau makcik berjumpa dengan orang yang diberi namanya itu, mungkin lain ceritanya kerana itulah nama yang menjawab panggilan telefon makcik dulu. Hanya sekali, makcik dapat bercakap di telefon dengan En Rafie kemudiannya dan beliau tetap ramah di telefon sepertimana sewaktu makcik berjumpa dengan beliau. Terima kasih sekali lagi, En Rafie.
Mungkin ada pesara yang tidak menerima bayaran ganjaran atau pencen mereka seawal yang makcik terima. Sebenarnya, kita juga kena berusaha sendiri. Makcik beruntung (walaupun kadangkala makcik rimas didesak) kerana suami makcik sanggup menjadi budak penghantar surat, yang menguruskan penghantaran surat dan borang-borang yang telah disediakan oleh jabatan tempat makcik bekerja ke JPA. Kemudian dia desak pula makcik menelefon pihak JPA. Kalau makcik lambat telefon, dia sendiri akan telefon. Kemudian dia desak makcik pergi sendiri ke JPA (dengan dia menemani, kerana makcik tidak memandu). Mujur juga makcik pergi ke JPA di Putrajaya itu kerana rupa-rupanya ada dokumen yang tidak lengkap. Syukur juga kerana dokumen-dokumen yang diperlukan itu boleh dihantar hanya melalui faksimili.
Kini, makcik boleh menaip dengan selesa sebagai seorang pesara tanpa perlu risau mencuri waktu kerja. Alhamdulillah.
Sekali lagi, terima kasih JPA dan kakitangan yang terlibat mengurus dan mempermudahkan urusan persaraan makcik dan khususnya buat En Rafie - terima kasih Tuan...
pegawai macam en Rafie lah yg patut ada dlm semua jenis perkhidmatan...
BalasPadammoga allah membalas jasa beliau yg meumudahkan urusan org lain
Abg Bob minta kakcik tulis surat khusus kepada JPA dan sebutkan penghargaan kepada En Rafie, tapi kakcik lebih suka tulis secara terbuka begini...
Padamseronoknya jadi YB.
BalasPadamSaya lama lagi nak kerja nie...
hu hu hu
syukur alhamdulillah... mesti YB ada plan lepas bersara ni...
BalasPadam:) selamat pagi
BalasPadamAssalamualaikum kak chik.. selamat pagi...
BalasPadamtengok dah lama saya tak jenguk kak cik.. dah bersara pun ya...
selamat menjalani kehidupan bersara yang bebasss.. waaa...
assalam kakcik..akak masih tak berapa nak faham..lepas kita hantar surat kejabatan kita sendiri di Putrajaya tu..kita tetap kena pergi ke bahagian pencen jugak ye.akak baru pergi ke bahagian perumahan diputra jaya..
BalasPadambahagian pencen JPA
PadamPergi ke Bahagian pencen tu hanya untuk memastikan dokumen kita telah diterima dan lengkap. Kadangkala ada yang tak lengkap, tapi sebab kita 'hanya menanti', mungkin perkara itu terlepas pandang dan menyebabkan permohonan kita lambat di proses.
PadamBoleh juga telefon saja kalau rajin. Kena betul2 rajin, sebab belum tentu panggilan kita berjawab walaupun nada dering tak berhenti2 berbunyi...;-)
terima kasih kak cik..akak dalam proses menghantar surat ke jabatan sendiri..wisma tani putrajaya
PadamSejuk hati mndengar dan membaca entri ini, kakcik. Ya, saya setuju dgn doc faiz. Kakitangan begini yg perlu kekal di mana2 jabatan dan institusi. Barulah menjadi wajah yg betul kepada pelanggan. Slamat berasa lebih tenang, Kakcik.
BalasPadamAlhamdulillah.. sy percaya ketika bertugas sbgi penjawat awam dulu, kakcik Juariah juga selalu memudahkan urusan org lain, maka Allah telah menggantikan bahagian itu utk Kakcik.. semoga Kakcik akan menjadi YB yang tetap produktif.. wahhhh.. sy tak sabar nak melalui detik menjadi YB mcm kakcik lahhhh
BalasPadamKakcik dipertemukan kakitangan yg berhemah
BalasPadamKalaulah semua yg berinteraksi dgn pelanggan macam En Rafie itu alangkah baiknya..
Bila org berbudi dan kita berbahasa...sehingga akhir hayat..InsyaAllah kita akan kenang jasanya..kita akn tetap ingat dan cerita kebaikannya..Lihat ni..satu hari org baca bloq akk melebihi 100 org...walaupun hanya yg jd silent reader dan tak tinggalkan komen pasti akan ckp...Baiknya EN. RAFIE ni...Alhamdulillah Allah permudahkan urusan akk dgn bantuan EN RAFIE ni kan kakcik...
BalasPadamAlhamdulillah Allah permudahkan urusan akak. semoga bertambah ramai penjawat awam yang baik budi pekerti seperti encik Rafie. (^_^)
BalasPadamDah ringan kepala Kakcik dengan dunia kerja kan.. saya ni lama lagi nak pencennya.. tapi boleh kalau nak mohon pencen umur pilihan.. oleh kerana melihat hutang duniawi ni terlalu banyak.. kenalah tangguhkan dulu..
BalasPadamBetul komen Ey_Nee.. bila orang kata baiknya pekerti en rafie ni.. sampai bila ianya akan baik..
alhamdulillah urusan pencen mak dipermudahkan...memang kalau nak ikutkan prosedur pencen,sehari selepas pegawai kerajaan pencen dia mesti dapat faedah ganjaran semua2 tu la..kalau delay maknanya ada la yang tak kena n memang kena follow up..bagus mak senang nak ke putrajaya sebab kalau nak ikutkan nak dapat bercakap dengan pegawai kat JPA memang seksa
BalasPadamalhamdulillah, semua urusan dah selesai. boleh jadi yb dengan senang hati kan mak. saya jauh lagi perjalanan ni mak.... doakan moga saya terus diberi kesihatan yang sempurna utk merasai nikmat pencen. hehehehe
BalasPadamdah bersara ye kakchik.. Alhamdulillah.. diberi kesempatan merasa bersara.. kami2 ni belom tentu sempat merasa pencen... moga Allah beri kami usia yang panjang...
BalasPadamYB yang sangat berbahagia
Dah 3 minggu jadi YB...apa perasaan anda? :))
BalasPadamKalau orang yang dipertanggungkawabkan sesuatu tugas tu buat dgn baik, insyallah tak adalah masalah kan
Selamat bersara mak..tp jgn bersara dari blogging ye..hehe
BalasPadamAlhamdulillah.....sekarang semua urusan pembayaran ganjaran dan wang pencen dah cepat. Teringat masa kecik-kecik dulu (zaman kebanyakkan urusan dokumentasi di buat secara manual dari A-Z), agak lambat Mama menerima pencen terbitan arwah abah sedangkan ramai tanggungan anak kecil yang masih bersekolah dan dalam tanggungan. Apapun, selamat mengisi usia persaraan dengan gembira.....
BalasPadamAbah SA pun dpt duit langsai hutang piutang...
BalasPadamalhamdulillah ...sayapun bersara pilihan diusia 43 tahun...alhamdulillah rasmila saya sebagai YB juga ha..ha..pada 1.12.208 setelah berkhidmat selama 16 tahun ++...doakan saya berjaya diluar nanti ..amin
BalasPadam