...ini adalah woksyop kesukaan suamiku. Pemiliknya sangat ramah dan pandai mengambil hati pelanggan. Iya, kena diakui bahawa kebanyakan orang Cina sangat menitikberatkan hubungan baik dengan pelanggan sebagai satu strategi perniagaan.
Yang lagi bagusnya, kebersihan adalah sangat dititikberatkan. Setiap pagi, sebelum memulakan perniagaan, para pekerja akan membersihkan lantai dengan sabun. Segala peralatan juga akan dilap dan dibersihkan termasuk bekas mengisi air yang besar itu.
Walaubagaimanapun, dari pengalaman sendiri, pekerja tetap melayan sekiranya kita datang sekadar untuk menampal tayar kereta yang bocor sebaik pintu woksyop dibuka.
Woksyop ini terletak berhampiran Masjid Al Azim Pandan. Kalaulah kedai makan/restoran di sekitar Pandan Indah itu atau di mana sahaja menitikberatkan kebersihan sebagaimana yang dibuat oleh pemilik woksyop ini, bukankah bagus?
Kebanyakan restoran hanya mahukan pelanggan tanpa menjaga kebersihan. Tengok sahajalah lantai yang bersepah kadangkala dengan puntung rokok dan kertas juga pinggan mangkuk serta sudu garfu yang dibiarkan basah serta melekit...
Bersih sangat.
BalasPadamkakcik...cuba jenguk bahagian blkg kebanyakan kedai makan...terbantut selera...
BalasPadamboleh tumpang baring...
BalasPadamBersih. Buat rasa tertarik nak pergi sana juga.
BalasPadamBersih betul...jarang jumpa workshop sebersih mcm ni kat mana2 mak.....
BalasPadammemang bersih.....sedap mata memandang.....
BalasPadamHijau cntik...bersih... Boleh la singgah try servis kat sini nnt hehe
BalasPadamYa Allah, cantiknya bengkel kereta. Setakat ni, saya belum pernah jumpa bengkel kereta di Malaysia yang sebersih dan secantik dalam gambar ni.
BalasPadamwah, macam ni punya bersih saya tak kisah makan bersila atas lantai. selesa je rasa...
BalasPadamBersih betoi
BalasPadam