Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 September 2014

Jom 'berkorban' di Kemboja...

... kata orang 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.  Di zaman ini, tiada yang susah kecuali kalau kita sengaja mencari susah.  Begitu juga, dalam soal ibadah korban ini.  Sekiranya kita benar-benar ingin menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, tidak perlu kita sendiri hadir di mana-mana lokasi yang kita niatkan untuk bersedekah.

Kata orang, ada padi semua jadi.  Itu cuma perumpamaan. Dulu-dulu orang yang ada padi (sawah) ini orang kaya, jadi hasil kekayaannya boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan.  Zaman sekarang ini bidalannya ada duit dan internet, hanya jari yang perlu digerakkan...

Wah...dah panjang pula mukadimah kali ini.  

Adakah anda ingin melakukan ibadah korban untuk tahun ini dan anda belum jumpa caranya?  Melalui Program e-Qurban (sila klik pautan), anda tidak lagi perlu susah hati.   Hanya dengan serendah RM280.00 anda boleh menempah satu bahagian lembu.  Sekiranya anda berhajat untuk menempah seekor lembu pula, harganya cuma RM1,960.00 sahaja.






Anda juga boleh membuat korban kambing dengan harga RM550.00 seekor.  Sekiranya anda memilih untuk melakukan Qurban di Mekah, Indonesia atau Kemboja, anda juga boleh berbuat demikian.  Caranya?  Klik pautan yang kakcik beri tadi atau klik sahaja di SINI.   Tarikh akhir untuk pendaftaran korban melalui eQurban ini adalah pada 30 September 2014 jam 11.59 malam.


Penduduk kampung di Kemboja turut hadir sewaktu
penyembelihan 
korban pada tahun lepas.
Sumber gambar DI SINI

Allah SWT telah berfirman di dalam Al- Quran yang bermaksud :

*  'Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai tanda bersyukur'  (Surah Al-Kausar Ayat 2)

**   'Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu' (Surah Al-Haj Ayat 37)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi, maksudnya : 'Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat bagi kamu'

Selain dari itu, dalam hadis lain yang juga diriwayatkan oleh At-Tarmizi, baginda bersabda lagi : ' Tiada dibuat oleh anak Adam  pada Idul Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah SWT daripada menumpahkan darah (menyembelih korban).  Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya.  Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah SWT sebelum darah itu tumpah ke bumi.  Maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih'.  


Para petugas eQurban bekerjasama dengan penduduk kampung
di Kemboja menyembelih lembu.  Sumber gambar DI SINI

Berkorbanlah semampu kita.  Dalam rezeki yang dikurniakan Ilahi kepada kita itu, ada hak orang lain yang perlu kita kembalikan.  Semoga sedikit yang kita beri semata-mata kerana Allah, akan digantikanNya dengan ganjaran yang berlipat ganda.  InsyaAllah.

18 ulasan:

  1. sekarang nie sangat mudah untuk melakukan ibadah qurban kan bonda..insyallah bila ada rezeki nanti.nak buat jugak

    BalasPadam
  2. iyaaa kakcik..nekcik pun guna perkhidmatan serupa ini jugak....klau kat kl ni org mudah dapat makan daging kan......kat tempat lain mmg ada yg betul betul susah nak jumpa daging kan

    BalasPadam
  3. MUDAH JE NAK BUAT KORBAN SEKARANG NI..HARGA PUN OLEBIH MURAH..

    BalasPadam
  4. Betul tu Kakcik terpulang diri sendiri
    Murah betul tawaran diberikan
    Tempat kakak sini satu bahagian lembu dah RM550/-

    BalasPadam
  5. Bagus buat ibadat korban di kemboja. Boleh bantu mereka disana.

    BalasPadam
  6. Beruntunglah siapa yang dapat laksanakan korban ni. Insha-Allah, bila saya dah berkemampuan, saya pun nak juga laksanakan ibadah ni.

    BalasPadam
  7. IKRAM pun ada buat qurban ke Kemboja dengan kos lebih murah. Tapi IM memilih untuk sertai qurban di masjid kediaman IM walaupun harganya 2X ganda. Alasan IM ialah, IM ada sikit duit. Sertai program di sini mungkin mahal di sudut kos tapi pulangannya ialah dapat bermuamalah dengan masyarakat setempat, saling bergotong royong dan menikmati juadah bersama.

    BalasPadam
  8. Tahun ni buat kat surau perumahan...InsyaAllah ada jugak niat nak buat di Kemboja, Syria etc...

    BalasPadam
  9. Salam jumaat yer ! tq berkongsi info

    BalasPadam
  10. Syukur Alhamdulillah krn saban tahun Allah memberi rezeki buat kita utk lakukan ibadah Qurban....

    BalasPadam
  11. di tempat KY harga pun agak mahal..tp dah biasa dengan program disini KY teruskan juga. Mungkin lain kali boleh bertukar ke tempat lain pulak..

    BalasPadam
  12. Inshaa-allah klu ada rezeki Kakcik!. Mg cadang nak bt utk anak-beranak.

    BalasPadam
  13. Dah nak raya Haji. Huhu.. Nak balik kg

    P/s: minuman candy crush tu saya rasa berinspirasi dari mainan CC TU, kakcik. Rasa mcm strawberi raspberi gitu. Masam2 bergas.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com