Kawan-kawan kakcik

Isnin, 29 September 2014

Bukankah surau dan masjid itu rumah Allah juga...

slik klik pautan berwarna biru untuk huraian yang lebih jelas...

...kita lihat di Mekah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawarrah, berpusu-pusu umat Islam - sanggup bejalan kaki hingga beratus meter untuk solat dan berjamaah di Masjidil Haram mahupun Masjidil Nabawi.  Benarlah, bukan mudah untuk ke sana.  Bukan sedikit juga wang yang dikeluarkan bagi membolehkan kita ke sana (walaupun ada yang tak perlu mengeluarkan duit kerana mendapat tajaan dari mereka yang bermurah hati).

Tapi adakah Allah SWT begitu zalim hinggakan kita hanya boleh beribadah dengan mendapat pahala yang berlipat kali ganda di dua tempat itu sahaja (memanglah pahala di sana berkali-kali-kali-kali lebih banyak dari di tempat lain).  Bagaimana pula bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk ke sana?.  Tidak, Allah SWT tidak pernah zalim, melainkan kita sengaja menzalimi diri kita sendiri.

Bukankah Allah SWT telah menjanjikan pahala yang banyak juga untuk solat berjamaah?  Malah setiap langkah kita ke masjid untuk solat berjamaah itu juga dikira sebagai pahala.  Namun apa yang menyedihkan, walaupun surau/masjid itu bersebelahan sahaja dengan rumah kita, kita lebih senang solat bersendirian.

Sumber : DI SINI

Orang yang keluar dari rumahnya untuk menunaikan sembahyang berjamaah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji.

Sabda rasulullah s.a.w.

 مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلاَةٌ عَلَى أَثَرِ صَلاَةٍ لاَ لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ فِى عِلِّيِّينَ. (سنن أبى داود، الصلاة)

Bermaksud: Siapa yang keluar dari rumahnya dengan keadaan bersuci menuju kepada sembahyang fardhu maka pahalanya seperti pahala orang haji yang berihram dan sesiapa yang keluar hanya semata-mata untuk tasbih al-Duha maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan umrah. Satu sembahyang selepas satu sembahyang, tiada melakukan perkara sia-sia di antara kedua-duanya ditulis pada kalangan orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi.


Dari itu, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan untuk seberapa boleh mendirikan solat fardhu secara berjamaah di surau/masjid agar kita memperolehi ganjaran dan redha Allah SWT.



Kepada yang masih ingin untuk melakukan ibadah korban di Kemboja, jangan lupa untuk klik PAUTAN INI

10 ulasan:

  1. Sesuatu itu hanya lazat dilakukan bila ia menjadi amalan. Bila ke surau biasanya yg kelihatan orang-orang yang sama, orang-orang yang memang suka ke surau. Yang tak suka ke surau tak pergi juga walau dia bergelar haji dan hajah dan rumah cuma sejengkal dengan surau...

    BalasPadam
  2. Salam,

    ya tak ya juga...

    IM pergi masjid naik kereta. Tak perlu melangkah... nak kira macammana tu?

    :-)

    BalasPadam
  3. sebenarnya mudah untuk mendapat pahala kan Kakcik..cuma kita aje yang tak nak grab kemudahan yg Allah bagi..:-)

    BalasPadam
  4. kadang kita mudah sgt terpengaruh dengan kabar yg indah2 kakcik

    BalasPadam
  5. entry bagus mengingatkan diri ini.kekadang kita teralpa..

    BalasPadam
  6. Yang jauh tu kita harap nak pergi, tapi yang sebelah rumah buat tak nampak...

    Macam mana la Allah nak bantu kita untuk pergi yang jauh tu...?

    BalasPadam
  7. Banyak kelebihan solat berjemaah ni kan.. terima kasih akak.

    BalasPadam
  8. As-salam kak-cik..

    ALLAHUAKBAR.. terima kasih kakcik.. Entry yang sangat bagus.. Peringatan yg sangat baik.. mengejutkan saya yang sering terlalai ini.. tq ya..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com