Semoga rahmat Ilahi sentiasa bersamamu dan kebahagiaan akan terus menjadi milikmu.
Apa khabar anakku?
Tenangkah hatimu? Sangat berbahagiakah kamu? Ingatkah kamu kepada ayah dan ibu? Andainya ingat, ingatan yang bagaimanakah itu? Syukurlah ingatan itu kerana kamu rindu - rindu segala-galanya tentang ibubapamu sehingga takkan kau biarkan walau sehari berlalu tanpa jeadaan mereka ada dalam pengetahuanmu.
Anakku,
Sayangilah ibubapamu. Tanpa mereka siapalah kamu. Walaupun kamu adalah amanah buat mereka, jangan sewenang-wenangnya hati mereka kau guris luka. Bagimu apa yang kau mesti tersedia. Susah payah mereka tak pernah kau ambil kira. Apa kau mahu, kau tahu mesti ada. Janganlah begitu anakku. Bagi orangtuamu, apa yang kau mahu seboleh mungkin hendak disedia. Namun kemampuan mereka ada batasnya. Lainlah kalau mereka memang orang yang berharta, apa kau mahu pasti takkan kecewa.
Anakku,
Putaran dunia ini tiada hentinya kecuali bila kiamat tiba. Selagi itu, putaran kisah hidup berulang-ulang adanya. Hari ini kau enggan buat ibubapamu gembira, tiba masanya apa yang mereka rasa akan kau rasa juga. Dari itu anakku, ingatlah pesan yang mungkin kau sendiri tahu 'jangan berkasar dengan orangtuamu walau sekadar berkata ah atau uh'...
Dari itu, renung-renungkanlah anakku. Mungkin ibubapamu tidak sebijak kamu, namun dengan izin Allah Yang Satu, tanpa mereka siapalah kamu...
Sekian, sejahteralah atasmu anakku.
Alhamdulillah..
BalasPadamAnak2 sekarang lebih mudah untuk kita dekati kerana cara kita berdamping anak2 kita lebih terbuka dari cara kita dididik oleh ibu bapa kita dulu.
Rata2 saya lihat anak2 kita dah berani terbuka dengan kita dalam apa hal pun.
Mungkin saya bercakap mengenai anak perempuan sebab saya hanya mempunyai anak perempuan.
menghormati ibu bapa adalah sebaik2 anak :)
BalasPadamLayanilah kedua ibu bapa sebaik-baiknya. Kerana bagaimana layanan kita kepada ibu bapa kita, itulah juga nanti layanan anak-anak kepada kita bila kita tua kelak.
BalasPadamBila mereka sendiri bergelar ibu atau bapa baru lh mereka tau macam mana sayang nya ibubapa pada anak...
BalasPadamInsyallah didik anak-anak dengan cara Islam. Insyallah mereka akan terdidik dengan baik. Terima kasih perkongsian ini Kakcik.
BalasPadampesanan yang sangat bermakna
BalasPadamwalau apa pun yang berlaku kena redha sebab
pengorbanan ibu ayah tak dapat dibalas
hanya Allah yang mampu membalas
pengorbanan mereka