Kawan-kawan kakcik

Isnin, 8 September 2014

Bukan lagi RAHSIA bila kita sudah mula bercerita...

...padahal boleh sahaja kalau kita tak mahu bercerita.  Tapi kononnya kita sesak dada kalau tidak diluahkan.  Maka, kita pun mulalah bercerita dengan seseorang yang kononnya kita boleh percaya.  Siap dititipkan pesanan 'jangan cerita pada sesiapa'.  Dan kawan itu pun buatlah akujanji tidak akan bercerita.

Boleh percaya ke?  Kalau diri kita sendiri pun kita tidak boleh 'tahan' dari bercerita tentang sesuatu yang sepatutnya kita simpan kemas-kemas, apa lagi yang kita harapkan dari orang lain?  Sebaik mana pun kita rasa kawan kita itu dan sejujurnya mana pun dia, dia tetap insan biasa.  Tak mustahil nanti dia akan buka mulut juga dengan pesanannya pula 'kau jangan cerita dengan orang lain.  Kisah ini dia cerita pada aku saja'.

Sikap manusia, bangganya kadangkala tidak bertempat.  Kerana dia bangga telah mendapat rahsia kita, dia pula rasa ingin bercerita.  Iyalah, orang dah percaya dengan kita, mahu tak bangga.  Konon bagai kita termasuk dalam golongan insan terpilih!  Jadi, hendaklah juga orang lain tahu tentang betapa ada orang yang percaya kepada kita walaupun sebenarnya sekelumit pun kita tidak layak dipercayai...

Oleh itu, ada lebih baiknya kita percayakan diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita percayakan orang lain.

#ingatanuntukdirisendiri

18 ulasan:

  1. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi isnin :)

    BalasPadam
  2. asslamualaikum kak cik.hihi ayat yg biasa didengar tu

    BalasPadam
  3. cerita rumahtangga..walau makan pasir,kebuluran sekalipun..jgn sesekali didedahkan..jaga aib dan maruah pasangan...itu yg saya amat2 jaga..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kak cik
    lini tak punya ramai kawan...kat ofis pun lini berdua je pompuan ngan bos dan sorang lagi staff lelaki....jadi kat ofis mmg x pernah la duk bercerita ttg hal peribadi...kdg2 kala jumpa ngan teman2 lama bercerita tp bukan direct la...just berkias2

    BalasPadam
  5. mendlm sggh kata2 ni...hehe..tp stkt ni sy ada 1 rahsia besar yg sy xpnh cete kat org lain..walaupon org tu memang sll menjadikan sy tempat rujukan cete2 beliau..ntah la biarlah rahsia.

    BalasPadam
  6. biar pecah di perut jgn pecah dimulut..

    BalasPadam
  7. ada perkara yg boleh diceritakan, dan ada yang patutnya hanya Allah yg patut tahu.. kena pandai timbang2 sendiri..

    BalasPadam
  8. Bila dag berkawan... Mmg akan jd begini pd sesiapa pun.. Kecuali jika seseorg itu mengetahui dosa mengumpat....
    Na a u zubillah himin zalik

    BalasPadam
  9. Salam perkenalan..........betul tu.........pada Ninie yang sebetulnya kita hanya serahkan cerita2/mengadu pada Yang Maha ESA sebab dengnaNya dah tersedia ruang untuk kita & hanya menjadi rahsiaNya..............

    BalasPadam
  10. Kena ckp sorg2 gini, kakcik. Atau ckp ngan kucing..hehe

    BalasPadam
  11. Yang paling menjelikkan ada yang sanggup bercerita kepada orang lain mengenai rahsia atas katil bersama pasangannya. Kononnya mahu bermegah dengan kegagahan dan layanan super hebat pasangannya, dia tidak tahu mereka yang mendengarnya rasa nak meluru muntah dalam bilik air...

    BalasPadam
  12. Salam Isnin....itulah fitrahnya manusia.....

    BalasPadam
  13. btul tu....bila dah bercerita..rahsia bukan lagi rahsia...pasti tebngkar...

    BalasPadam
  14. Itu namanya " rahsia yg dah bocor"...maka bukan lah rahsia..hahaha...org putih kata " open secret "

    BalasPadam
  15. bukan lah rahasia..

    saya sendiri cuba belajar dan belajar utk menyimpan rahasia org.. tp sebagai manusia adakala kalah dek hasutan syaitan.. tp insyallah cuba untuk memperbaiki diri.. cuba belajar..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Mak..
    lama tak singgah sini.
    mak sihat?

    rahsia tetap rahsia. biar pecah di perut!! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com