Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 5 September 2014

Salam Jumaat kawan-kawanku...

hari ini hari Jumaat
ada negeri hari ini untuk berehat
ada negeri hari ini kena juga ke pejabat
jangan lupa tengahari nanti ada fardhu yang kena dibuat

untuk lelaki yang cukup syarat
jangan cari alasan untuk tidak solat Jumaat
seminggu sekali bukanlah berat
fikirkan ganjarannya yang sangat hebat

untuk wanita yang punya waktu rehat
jangan pula Zohor sengaja dilewat-lewat
bagaimana kita mengejar kerja di pejabat
kewajipan terhadap Tuhan jangan diliat-liat

16 ulasan:

  1. Selamat pagi jumaat dan assalamualaikum mak!!

    BalasPadam
  2. assalamualaikum dan selamat pagi bonda...salam jumaat jugak untuk bonda

    BalasPadam
  3. Salam Jumaat kakcik!

    Di Johor kakitangan swasta bertugas
    kakitangan awam cuti sampai esok
    rugilah kepada yang culas
    keberkatan menjauh dan merajuk

    BalasPadam
  4. Salam pg jumaat kakcik
    (Patutnya awal lg dah boleh wish...lambat boleh access)

    BalasPadam
  5. Salam Jumaat Kakcik. Hari yg paling sy suka. Huhuhuhu!

    BalasPadam
  6. Jumaat penghulu hari
    Di Kedah kami cuti
    Esok ada lagi sehari
    Untuk manja-manjakan diri...

    BalasPadam
  7. Beruntung rasanya berJumaat hari ni di masjid taman IM. khatibnya ialah ust Badrul Amin. memang celik mata sampai time sembahyang...

    BalasPadam
  8. yg gegurl suka bershopping di waktu rehat sebab waktu rehatnya yang panjang. last2 terlewat juga sembahyang zohor.

    BalasPadam
  9. yg gegurl suka bershopping sebab waktu rehatnya yang panjang....last2 terlewat jugak sembahyang zohor.

    BalasPadam
  10. salam sabtu kakcik....dah baca hari sabtu kan....

    BalasPadam
  11. Hari jumaat hari yang paling ditunggu oleh setiap orang.. :-)

    BalasPadam
  12. InsyaAllah....cuba sedaya upaya dahulukan yg wajib....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com