Kawan-kawan kakcik

Isnin, 18 Ogos 2014

Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya...

...dan anjing yang menyalak bukit tidak akan menyebabkan bukit itu runtuh...

Antara bekalan yang bakal kita bawa ke dunia sana nanti adalah ilmu yang bermanfaat yang digunakan.

Oleh itu,  sekiranya kita ada ilmu yang boleh diajarkan kepada orang lain di mana orang lain pun sangat ingin mempelajarinya,  maka ajarkanlah dengan ikhlas.   Jangan memperbodoh-bodohkan orang yang memerlukan bantuan kita.  Ilmu yang kita ada, walaupun kita berusaha untuk mendapatkannya,  ia adalah dengan izin Allah SWT juga.  Jadi janganlah kita menjadi bakhil, bongkak dan sombong semata-mata kerana kita lebih pandai dari orang lain.

Tidak perlu menyindir atau menguatkan suara hanya kerana kita terpaksa berulang kali memberikan penerangan.  Jangan sampai orang lebih nampak kepada sikap buruk kita dari ilmu yang kita ada...

Catatan ini adalah sebahagian daripada siri SEPANJANG JALAN KENANGAN...

6 ulasan:

  1. bercakap dengan emosi marah kot,.tu yang sampai keluar suara yang keras dan kuat..

    BalasPadam
  2. Kalau ditanya ular itu mengapa dia tak mau menyusur akar katanya dia takut menyusur akar kerana bimbang kepalanya dibedal......Kata ular itu lagi dalam dunia tanpa timbang rasa ini kalau baik sangat kepala kita akan dipijak sampai lumat...

    BalasPadam
  3. Betul! Tak perlu nak cakap kuat-kuat.. ajar dengan ikhlas, orang diajar senang hati, orang mengajar pun dapat pahala..

    BalasPadam
  4. Ilmu itu rezeki. mengamalkan ilmu juga rezeki, mempunyai akhlak yang baik juga rezeki.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com