Kawan-kawan kakcik

Selasa, 19 Ogos 2014

Makin panjang waktu rehat, makin lewat mengerjakan solat...

...sudah lebih 30 tahun aku dalam perkhidmatan.   Perkara ini aku lihat selama itu dan kadangkala aku terikut juga...

Waktu Zohor masuknya dalam waktu rehat.  Kalau kita boleh bersegera dalam mengejar waktu makan - yang sering juga kita keluar setengah jam lebih awal dengan alasan takut makanan habis atau orang ramai berebut-rebut, mengapa pula kita jadi 'segan' (kalau di kampungku, segan juga bermakna malas) untuk solat di awal waktu?

Bila sudah mula masuk waktu kerja semula, barulah kita hendak menunaikan solat.   Bila hari Jumaat,  yang waktu rehatnya lebih panjang,  sering juga kita solat di hujung waktu.

Cuba kalau tiba-tiba dikatakan ada mesyuarat sebaik waktu kerja bermula dan tidak boleh dilewatkan walau seminit pun, tahu pula kita bergegas untuk menunaikan solat kerana takut nanti dimarah oleh pegawai atasan.

Maknanya?   Kita lebih takutkan hukuman dunia daripada takutkan pemilik dunia.

Marilah kita sama-sama berubah menjadi lebih takutkan Allah agar kehidupan kita lebih diberkatiNya...

Catatan ini adalah sebahagian daripada siri SEPANJANG JALAN KENANGAN...

12 ulasan:

  1. salam kenal kak nur.. artikel yg menginsafkan.. itu sebabnya, saya sangat2 malas keluar jauh2 bila hari Jumaat. cukup disekitar pejabat saja. kalau dah jauh, alamat, balik lambat ke pejabat, solat pun lambat.....
    moga kita sentiasa memperbaiki diri..

    BalasPadam
  2. insyallah bonda...terima kasih untuk peringatkan anakanda disini...

    BalasPadam
  3. Istiqamah tu yg payah...kekadang saja tunggu dekat2 waktu habis rehat..

    BalasPadam
  4. Sebab itulah kakak lebih suka waktu rehat makan di bilik sendiri aje kakcik...
    Moga dpt dijadikan renungan bersama.

    BalasPadam
  5. Terpepam seketika..saya terkdg juga culas kak...diakhir2 waktu baru bergegas nak Zohor..tambah2 bila awal2 bulan..saat kerje bertimbun2...sedar2 dah pukul 3..Solat belum lagi...hrmmmm...

    BalasPadam
  6. moga kita lebih mengutamakan solat dari benda2 sampingan ..

    BalasPadam
  7. Mmg tak dinafikan...sy pun mcm tu jugak kdg2...tp kalau berkesempatan buat solat awal mmg sy akan awalkan....dalam usaha perbaiki diri juga...tq kakcik

    BalasPadam
  8. Betul tu akak. Lagi lama rehat. lagi jauh berjalan-jalan.

    BalasPadam
  9. Segannye dengan Allah.. byk cacat cela huhuhuuu

    BalasPadam
  10. bukan setakat yg bekerja sahaja kakcik..yg di rumah pun kekadang melewatkan solat juga. sibuk dengan urusan ntah apa2..

    BalasPadam
  11. Lewat solat!! rotan dia Kakcik!!!...kadang kala saya pun terlibat gak...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com