Kawan-kawan kakcik

Isnin, 18 Ogos 2014

Jangan suka sangat menjadi penyampai berita...

...apatah lagi kalau ternyata berita yang kita sampaikan itu bersifat berat sebelah.

Kadangkala kita langsung tidak tahu sama ada berita itu benar atau tidak.  Tetapi bila kita merasakan ianya (berita atau cerita itu) sangat bersesuaian dengan selera kita dan sangat kena dengan kehendak kita lalu kita pun menjadi angin.  Kita tiup dan sebarkan berita itu ke mana sahaja ia boleh tiba.

Tiba-tiba kita menjadi lebih pakar dari mereka yang pakar.   Kita menjadi lebih arif dan tahu dari mereka yang menjadi topik dan tajuk cerita kita.

Jangan,  jangan begitu.  Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengampunkan dosa kita sesama manusia selagi kita tidak mendapat pengampunan dari manusia yang kita buka aib dan cela mereka.

Catatan ini adalah sebahagian daripada siri SEPANJANG JALAN KENANGAN...

9 ulasan:

  1. Masing-masing nak jadi nomot satu...

    BalasPadam
  2. setuju.. kalau perkara tu bukan bidang kita, lebih baik kita study perkara tu & dapatkan berita sahih dariapda beberapa sumber yang boleh dipercayai.. kadang tu kita lupa apa tujuan kita menyampaikan berita tu.. utk nampak serba tau? untuk mengenakan orang lain? atau untuk kepuasan diri sendiri?

    entry yg ringkas tapi sangat bermakna! nice!

    BalasPadam
  3. Mak ..

    Su mohon maaf zahir dan batin andai tersalah kata terkasar bahasa..

    sayang Mak deep2 ...

    -- manusia ni umpama mulut tempayan yang masuk nyamok eades: dah tutup pakai dulang pon ade jugak yang boco nye... maka masuk nya eades.. bila dah bertelor dah berjentik2.. dah jadi nyamok semula.. mula la ber terbangan mencari mangsa untuk di sebarkan penyakit --

    eades ni pulak macam nila -- sebab nila tu rosak susu satu tempayan --

    hiraki : pusing2 kat situ ... hehehehe ...

    lama tak komen blog Mak... gini la jadi nye.... rindu macam nak pengsan kat Mak ni... Take Care tau... !! ... Muaaahhhh ...

    BalasPadam
  4. sbb tu dana mls nk sebar apa2 cite yg dana dpt kt wassup grup or fb... biarlah sampai ada kenyataan yg betul n sahih... kite ni tak pyhla nk menyibuk2

    BalasPadam
  5. Berdiam lebih byk faedahnya dari bersuara kan kak...

    BalasPadam
  6. peringatan tuk saya jugak tu...tq kakcik

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com