Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 Julai 2014

Ayam tidak lagi menjadi pilihan...

Dulu - anak-anak boleh tarik muka bila dalam hidangan tiada ayam.

Alhamdulillah,  sekarang hal begitu jarang sangat berlaku lagi.   Kalau ada pun lauk ayam, kadangkala langsung tak bersentuh.

Pagi ini seperti pagi (subuh) sebelumnya,  aku bawa sepinggan nasi untuk BS (ada yang masih tak tahu ke siapa BS tu?) makan sahur.   Dengan mata terpejam,  dia menggelengkan kepala tanda tak mahu makan.  Aku katakan padanya 'makanlah Dik, sahur ini ada keberkatan'.  Dia buka mulut dan makan sesuap demi sesuap hingga habis. Alhamdulillah.

Tahu apa lauknya?  

Hanya telur goreng + bawang besar goreng (layu bukan garing) dan kicap.

Syukurlah kerana anak-anakku tidak meminta sesuatu yang 'lain dari yang lain'...

16 ulasan:

  1. Salam 13 Ramadhan kakcik..
    belum separuh ramadan lagi, BS (saya tau siap BS ni, hi) tak lalu nak makan sahur. macam anak saya juga. makan kering2 je. tak pe, sikit pun jadilah. macam kakcik kata, ambil sunnah.
    senanglah kakcik, takperlu nak menumbuk lesung atau mengisar pagi2..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah yg simple la yg sedapppp :)

    BalasPadam
  3. Adik... adik... mata pejam pun boleh telan ye:)
    Tak suap kesian pulak kan kakcik.

    BalasPadam
  4. Telur dan bawang di layu kan dengan nasi panas dan kicap memang sangat nikmat jugak. Hehe

    BalasPadam
  5. Kalau telur mata kicap mcm ni dan bwg goreng tu bukan kata BS suka...saya pun suka kak...Samalah kat rumah saya kak..Semalam berbuka saya mskkan Ayam masak merah 4 ketul...pagi td bersahur ada 2 ketul lagi...tak siapa usik pun..alamatnya balik kerja nnt dlm tong sampahlah tmp ayam tu ..

    BalasPadam
  6. Telur goreng dengan kicap! Enak nyaaaa

    BalasPadam
  7. Saya pun suka menu macam tu kakcik.. tambah dengan hirisan cili kering yang digoreng.. ;)

    BalasPadam
  8. salam kakcik
    anak saya pulak, kejut sahur tak mahu..suap botol susu aje..abis sebotol sambil sambung tido

    BalasPadam
  9. ayam dalam peti ais tu bagi sayalah kakcik...

    BalasPadam
  10. Kakcik saya kalau lauk telur dengan ikan bilis je kak, tambah nasi panas layan jelah kak..

    BalasPadam
  11. he3x...bujang kesayangan n kemanjaan ibu tu.....mmg ank2 sy pun suka telur mata kerbau.....sedap.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com