Tarikh : 11/7/2014 = 13 Ramadhan 1435H
Tempat : Hotel De Palma Ampang.
Tempat : Hotel De Palma Ampang.
Kami sekeluarga hadir ke majlis ini atas tajaan anak menantu. Mak ayah dan adik-adik cuma mengikut sahaja.
Sebelum masuknya waktu Maghrib dan berbuka puasa, Heliza telah menceritakan pengalamannya berkunjung ke Syria beberapa minggu sebelum ini.
Dikisahkan betapa penduduk yang menjadi mangsa peperangan terpaksa mengoyak kotak dan direbus lalu dimakan dengan membayangkan ianya adalah sup ayam yang enak! Selain itu, mereka 'makan apa yang kambing makan'. MasyaAllah.
Anak-anak kecil juga pandai berbicara meminta agar mereka tidak dikasihani kerana mereka redho dengan ujian yang mereka hadapi dan mereka bersedia untuk bertemu dengan Maha Pencipta dalam keadaan diuji begitu.
Satu kisah menyayat hati - seorang doktor yang dari sehari ke sehari berjanji dengan anaknya yang berusia 2 tahun untuk pulang, akhirnya hanya dapat menatap jenazah anaknya di hari ke 8 di hospital tempat doktor itu bertugas.
Heliza juga berkesempatan melihat ke bilik mayat di mana jenazah para syuhada ditempatkan. Walaupun mereka telah meninggal dunia untuk beberapa hari, darah merah masih mengalir dari tubuh dan tiada bau busuk yang terhidu.
Hospital diuruskan dalam keadaan serba daif. Di wad kecemasan hanya ada tiga buah katil dan kebanyakan bekalan ubatan sudahpun habis. Para doktor dan jururawat terpaksa menggunakan ubat yang telah tamat tempoh kerana mereka tidak punya pilihan lain.
Setiap orang ada ujiannya masing-masing. Sebagai seorang selebriti yang dikenali ramai dan terlibat dengan kerja-kerja kebajikan, Heliza berkata ia adalah ujian yang berat baginya. Manakan tidak, bila menerima pujian adalah sukar untuk hati tidak merasa 'teruja'. Hanya kepada Allah juga dipohon doa agar tidak terlintas rasa riak saat nenerima pujian. Sesungguhnya sikap riak akan memadamkan segala kebaikan dan menjadi sia-sia di 'mata' Yang Maha Berkuasa.
Aku juga rasa tersentak bila Heliza berkata begitu. Walaupun tiada kebaikan yang kulakukan, sedikit pujian yang kuterima - yang entah ikhlas entahkan tidak, boleh membuatkan aku rasa terawang-awangan. Ampunkan aku Ya Allah.
Heliza Helmi - wanita kecil yang cergas, berpendidikan tinggi, menjaga maruahnya sebagai seorang Muslimah, cantik dan petah. Semoga Allah SWT melindunginya dari segala kecelakaan dunia dan merahmati kehidupannya serta keluarganya.
masyaallah.. tiqah betul2 harap tiqah dapat jumpa beliau satu hari nanti,mak.. :')
BalasPadamInsyaAllah kalau ada rezeki pasti Tiqah dpt berjumpa dengan Heliza nanti. :)
Padamselamat berpuasa kak cik
BalasPadamHeliza ada jemputan di hotel tu ke kak
BalasPadamassalammualaikum kak cik
BalasPadamLigat dan bersemangat Heliza Helmi ni. kelmarinm kat ampang, semalam iftar kat SACC mall ada nampak dia jugak dengan program yeos tu..hari ni kat Melaka pulak dengarnya, Moga ALLAH merahmati aktivitinya itu..selamat selalu..aaminn
seronok nye .. dpt bebuka ngn heliza helmi. tingin jumpa dia n jd kawan dia >_<
BalasPadamSaya pun kagum dgn beliau. Dalam usia yang muda banyak kebajikan yang dibuat. Semoga beliau tidak lemah dan tunduk dgn godaan dunia. Aamiiin(^_^)
BalasPadamsalam pagi bonda..seronoknya berjumpa dengan heliza nie.;.cantik molek orangnya kan.
BalasPadamSediah dengar kisah mereka yang berperang sampai macam ini sekali. Kena makan kotak dan sebaginya. Bersyukur kita berada di bumi Malaysia yang masih aman.
BalasPadamRealiti kehidupan di Syria. Saudara seagama cuma fahaman berlainan. Tapi kejamnya menyamai org kafir yang membenci kita. Allahuakbar!
BalasPadamCantiknya heliza tu Kakcik....suka tgk dia. Heheheh!
Ya Allah....sedih dan terkesan dilubuk hati....bertapa beratnya ujian yg mereka lalui namun mrk masih redha....terasa terlalu kerdilnya diri ini....
BalasPadamSuka dgr tutur kata Heliza di slot Usrah Nurani dai radio IKIM
BalasPadamPengalaman yang tidak dpt dilupakan.. Cantik Heliza.. nie.. Moga dia terus success dalam usahanya..
BalasPadamSaya suka tengok mata dia.. cantik..
BalasPadamMoga Heliza sihat dan kuat disamping keluarga tersayang..
cantik heliza ni..
BalasPadam