Dulu - anak-anak boleh tarik muka bila dalam hidangan tiada ayam.
Alhamdulillah, sekarang hal begitu jarang sangat berlaku lagi. Kalau ada pun lauk ayam, kadangkala langsung tak bersentuh.
Pagi ini seperti pagi (subuh) sebelumnya, aku bawa sepinggan nasi untuk BS (ada yang masih tak tahu ke siapa BS tu?) makan sahur. Dengan mata terpejam, dia menggelengkan kepala tanda tak mahu makan. Aku katakan padanya 'makanlah Dik, sahur ini ada keberkatan'. Dia buka mulut dan makan sesuap demi sesuap hingga habis. Alhamdulillah.
Tahu apa lauknya?
Hanya telur goreng + bawang besar goreng (layu bukan garing) dan kicap.
Syukurlah kerana anak-anakku tidak meminta sesuatu yang 'lain dari yang lain'...
Salam 13 Ramadhan kakcik..
BalasPadambelum separuh ramadan lagi, BS (saya tau siap BS ni, hi) tak lalu nak makan sahur. macam anak saya juga. makan kering2 je. tak pe, sikit pun jadilah. macam kakcik kata, ambil sunnah.
senanglah kakcik, takperlu nak menumbuk lesung atau mengisar pagi2..
Telor kicap paling win :))
BalasPadamalhamdulillah yg simple la yg sedapppp :)
BalasPadamAdik... adik... mata pejam pun boleh telan ye:)
BalasPadamTak suap kesian pulak kan kakcik.
sedap tu
BalasPadamKalau telur mata kicap mcm ni dan bwg goreng tu bukan kata BS suka...saya pun suka kak...Samalah kat rumah saya kak..Semalam berbuka saya mskkan Ayam masak merah 4 ketul...pagi td bersahur ada 2 ketul lagi...tak siapa usik pun..alamatnya balik kerja nnt dlm tong sampahlah tmp ayam tu ..
BalasPadamsekali sekala..
BalasPadamtelor jgk sedap.
Telur goreng dengan kicap! Enak nyaaaa
BalasPadamSaya pun suka menu macam tu kakcik.. tambah dengan hirisan cili kering yang digoreng.. ;)
BalasPadamsetuju dengan aizamia3..
BalasPadamsalam kakcik
BalasPadamanak saya pulak, kejut sahur tak mahu..suap botol susu aje..abis sebotol sambil sambung tido
ayam dalam peti ais tu bagi sayalah kakcik...
BalasPadamSahur ni byk mkn telur je...ringkas.
BalasPadamKakcik saya kalau lauk telur dengan ikan bilis je kak, tambah nasi panas layan jelah kak..
BalasPadamhe3x...bujang kesayangan n kemanjaan ibu tu.....mmg ank2 sy pun suka telur mata kerbau.....sedap.
BalasPadam