Kawan-kawan kakcik

Isnin, 30 Jun 2014

Ramadhan - bulan 'berpesta-pestaan'?....

Maka...

bagaimana hendak menimbulkan keinsafan

bagaimana hendak merasai penderitaan

bagaimana hendak menghayati perasaan mereka yang kelaparan

Bilamana...

saban hari difikir apa yang hendak dimakan

balik nanti apa hendak dibeli di Pasar/Bazar Ramadhan

petang nanti hidangan apa yang akan penuh dipinggan

atau akhirnya nanti banyak mana akan berlaku pembaziran

Puasa...

hanyakah untuk berlapar dan dahaga

hanyakah untuk berseronok bila di hujungnya ada hari raya

lalu terlalu kita jauh menyimpang dari ajaran agama

dan ganjaran yang dikejar bagaimana hendak berjumpa....

9 ulasan:

  1. kekadang kita alpa dengan semua tu bonda,tak terkecuali juga ferd..salam ramadhan bonda..

    BalasPadam
  2. Terima kasih peringatan ini kakcik. Betul tu. Sebaiknya bersederhana dan memberi kepada mereka yang kurang berkemampuan itu lagi di tuntut..

    BalasPadam
  3. Bulan menguji segalanya kak...Melawan nafsu itu paling susah...Semoga tergolong kita dlm kalangan umat yg tidak akan membazir..

    BalasPadam
  4. Itulah lumrah manusia yg daif seperti sy bunda...adakala terlupa dgn ganjaran yg telah Allah janjikan....bukan perkara yg susah pun untuk dilakasanakan.....cuma kita yg selalu mengutamakan duniawi...tq bunda kerana saling mengingati...

    BalasPadam
  5. bulan pesta2 tu betul kakcik tp pesta2 mengejar buat amal ibadah... dana azam thn ni nk jd cam thn lps takmo pg param, msk sendiri je kt umah... msk yg simple2 je n pastikan sebelum tidu semua clear takmo simpan2 sampai membazir...

    BalasPadam
  6. Manusia. dan nafsu. Berpisah tiada...

    BalasPadam
  7. Sempena ramadhan, sy stop dgr lagu2 fav. Mmmmm...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.