Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 Julai 2014

Bila puasa pun tidak mampu memberikan keinsafan...

...maka bagaimana lagi jiwa hendak dididik?

Mungkin ada yang beranggapan puasa hanya untuk berlapar dahaga sepanjang siang dan berpesta makanan sebaik azan Maghrib berkumandang...

Mungkin juga ada yang merasakan berpuasa hanya untuk merasakan meriahnya bila tiba hari raya...

Lalu...kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan ini bagai tidak ada maknanya bagi mereka yang :

- pemarah terus dengan kemarahannya

-  baran terus dengan 'kepanasbarannya'

- pemakan terus dengan keinginan untuk makan yang enak-enak sahaja

- dan pelbagai ragam lagi...

Anak-anak yang tak pernah merasa susah, tidak teragak-agak menarik muka terhadap ibu yang menyediakan hidangan yang tidak menepati citarasa mereka...

Suami yang jangankan hendak berterima kasih atas susah payah isteri sebaliknya memperlekehkan pula...

Kalau kita masih menunaikan solat (apa ertinya berpuasa tanpa solat), luangkanlah sedikit masa untuk berdoa.   Mohonlah dari Allah SWT agar hati kita sentiasa dilembutkanNya.  Semoga kita menjadi insan yang sentiasa tahu bersyukur.  Sesusah-susah kita,  tetap ada makanan untuk dijamah berbanding dengan saudara-saudara kita di ceruk lain dunia yang terpaksa mengais tanah mencari apa yang boleh menjadi 'alas perut' mereka...

10 ulasan:

  1. Semoga selepas sebuln berpuasa nanti akan ada perubahannya akak.

    BalasPadam
  2. insyallah bonda,moga Allah permudahkan urusan kita di bulan ramadhan yang mulia ini,membuka hati anak-anak untuk terus beribadah kepada Nya,,amin

    BalasPadam
  3. Salam kakcik
    sebab itulah ramadhan ni boleh dikatakan sebagai "sekolah". insyaALLAH, kalau dalam sekolah ni kita berdisplin dan dengar kata & ikut cakap "pengetua" & patuhi "undang2" nya ..lepas graduate kita akan berjaya dunia akhirat.aaminn

    BalasPadam
  4. bulan puasa dapat mendidik kita untuk jadi ke arah lebih baik..semoga dijauhkan dari perangai y tidak disenangi

    BalasPadam
  5. Moga ramadhan kali ini jauh lebih baik dari ramadhan sebelumnya kan kakcik..

    BalasPadam
  6. Puasa ni untuk kita sabar..kalau hal kecik pun tak boleh sabar,puasa amende nye gitu..kan??

    BalasPadam
  7. amat rugi, celaka lah kita kalau dah berakhir ramadan, kita macam tu juga, tak berubah...dan paling celaka kita ni, tak dpt pengampunanNYA

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com