Kawan-kawan kakcik

Khamis, 5 Jun 2014

Menangislah duhai alam...

...hamburkanlah kesedihanmu
basahilah bumi ini dengan airmatamu
gegarkanlah dengan sedu-sedanmu
andainya boleh, hanyutkanlah segala kemungkaran bersama amukanmu

dunia di hujung usia ini
dalam ramai yang ingin kembali kepada agama
tidak kurang pula yang tanpa segan silu menjaja agama
tak peduli tergadai akidah mereka
asal sahaja boleh bermewah dengan selesa

menangislah duhai alam
satukan tangismu bersama tangisku
agar tiada siapa yang tahu
di sebalik senyumanku
ada hati yang telah hancur menjadi debu...

6 ulasan:

  1. perenggan kudua tu menyimpan kata2 yg sungguh bererti..

    BalasPadam
  2. dunia ini, mmg dah terlalu tua kakcik..
    masa baginda SAW diperjalankan dlm Israq, baginda diperlihatkan seorang wanita yg tua sangat...Itulah usia dunia...bayangkan, masa tu, 1400 tahun yg lampau, dunia dah tua

    BalasPadam
  3. "di sebalik senyumanku
    ada hati yang telah hancur menjadi debu'

    Dalam maksud kata-kata itu walau sekali dengar seperti satu pengucapan yang tersangat kejam.... hehehe..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com