Kawan-kawan kakcik

Rabu, 4 Jun 2014

Aku ada RM10.00...

...dengan subsidi-subsidi yang Kerajaan bagi, aku telah berangan-angan untuk membeli beberapa barangan mengikut kemampuan wang RM10.00 itu :

- sepeket garam halus - dulu boleh dapat 3 dengan harga RM1.00 - sekarang dah jadi 0.80sen satu
- sekilo tepung gandum -Tengok di web KPDNKK tahun bila entah - RM1.35sekg - sekarang dah jadi RM2.50sekg
- minyak masak sekg - RM3.30
- bawang merah beberapa biji - RM1.50
- segenggam penuh ikan bilis - RM5.00 (oh... ikan bilis ada yang berharga RM85.00sekg)
- telur dua biji - 0.60

Sekarang kita kira - garam tu bukan boleh dibeli secubit dan minyak bukan boleh dibeli sesudu dua, ya...

0.80 + 2.50 + 3.30 + 1.50 + 5.00 + 0.60 = RM13.70 

Alamak! macam mana nak buat cekodok bilis ni?

Baiklah - kita jangan letak telur dan ikan bilis kita beli RM2.00 saja

Sekarang = 13.70 - 0.30 - 3.00 = RM10.40

Ops... masih tak cukup 0.40sen

Ooooo... baiklah, kita kurangkan bawang merah.  Kita minta RM1.00 saja...

Yeayyyy... sekarang kita ada baki 0.10sen...

Boleh masuk dalam tabung.  Jadilah pengguna bijak!

Yang di atas itu baru angan-angan.  Angan-angan orang yang nak makan cekodok bilis.

Rupa-rupanya cerita belum habis.

Tiba-tiba, anak datang merengek :

'mak, cikgu suruh beli buku tambahan berharga RM3.00.  Cikgu kata siapa tak ada buku tu, cikgu tak boleh nak ajar.  Pen dengan pensel pun kena beli baru tau mak.  Yang ada tu semua dah tak boleh guna.  Duit belanja pun mak belum bagi lagi.  Takkan tiap-tiap hari nak bawa bekal cekodok bilis atau nasi goreng kosong.'

Jadinya????

Oh... ini hanyalah sebuah sketsa terpencil yang tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepada sesiapa juga kecuali mereka yang terlibat dalam ini cerita...


26 ulasan:

  1. xpeee...jnji malaysia aman n panda cukup makan kakcik!!!!

    BalasPadam
  2. Er pagi ni baru nak buat cekodok bilis kakcik nengok bawang dah abis...

    BalasPadam
  3. itulah hakikat hidup kebanyakan rakyat marhaen .itu belum lagi kisah lari malam takut along cari hutang.
    bimbang dgn masa depan anak anak muda kita.

    BalasPadam
  4. orang yg sntiasa dalam kemewahan tidak akan dapat menghayati kesusahan orang lain

    BalasPadam
  5. dalam sungguh cerita kakcik huurrm..
    hakikat kehidupan rakyat malaysia.

    BalasPadam
  6. assalam.. follow sini..
    jemput ke blog sy jika sudi..
    post terbaru..
    http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/hijab-sampai-pakai-kain-kafan.html

    BalasPadam
  7. cekodok bawang jelah
    tepung gandum+garam+bawang+minyak masak
    hihi

    BalasPadam
  8. Ini bukan terpencil kak..ini cerita realiti hakiki sejati masa kini...

    BalasPadam
  9. rm10 tu kecik je bonda sekarang nie...

    BalasPadam
  10. tepung gandum memang ada yg RM1.35 tu lagi, cari tepung gandum cap kunci mak.. hehehehehehe

    BalasPadam
  11. huhu.. tu baru nak buat cekodok sarap.. ke nak makan cekodok sampai malam.. huwaaa..

    BalasPadam
  12. Salam singgah pagi. semua nyer naik hrga skang ni aunty

    BalasPadam
  13. RM10 sekarang dah sama nilai macam RM1 je... kecik sangat nilai nye sekarang :(

    BalasPadam
  14. Cekodok pun dah harga 10.00 kan kak...apatah lagi makanan lain. Makanan berkhasiat yang segar2 tu lagilah kita tak mampu. Nak tanam pun, mana tanahnya dah...

    BalasPadam
  15. Aduh terkesan sungguh dgn math Kakcik ni.. baru nak buat cekodok dah harga RM10.00.. huhuhu

    BalasPadam
  16. Terkejut juga dengan berita semalam bahawa kerajaan akan mewujudkan sistem baru subsidi minyak mulai 1 September di mana mereka yang pendapatan RM5,000 sebulan saja layak dapat subsidi minyak penuh. Pendapatan RM5,000-RM10,000 pula cuma layak dapat 300 liter percuma lepas itu perlu beli harga minyak tanpa subsidi. Dah lah barang mahal, sakit........

    BalasPadam
  17. Duit RM10..berbeza dulu dan skrg.. kan.. mmg tak cukup..

    BalasPadam
  18. agak2 panda makan cekodok bilis tak? hahha

    BalasPadam
  19. awat orang komen pasal panda jer...
    ehmmmmm

    BalasPadam
  20. mendalam maksud sketsa ni kak cik. hehehe

    BalasPadam
  21. woww...banyak benda gak dapat tuu besttt...saja mai singgah nooo

    BalasPadam
  22. Tak dapeklah cek numpang rasa cok kodok Kakcik tu... RM10, berapa ketoi sangat lah dapat....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com