Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 Mei 2014

Tahniah untuk babi...

kerana babi orang dah jijik dengan kedburi
...walaupun mendedahkan aurat itu pun haram hukumnya

kerana babi orang dah lupa dengan panda
...walaupun panda itu membuatkan kita tercekik juga

kerana babi orang lupa badminton tak jadi juara
...sedangkan kita selalu laungkan majulah sukan untuk negara

kerana babi orang mula prihatin tentang kandungan makanan mereka
...walaupun ayam yang kita masak sendiri belum tentu betul sembelihannya

kerana babi baru kita tersentak kita ini Islam agamanya
...walaupun saban hari kita makan daging saudara kita (mengumpat)

kerana babi kita menjadi sangat berjaga-jaga
...walaupun rokok dan 'riba' kita bedal juga

Cuba kawan-kawan sambung...

14 ulasan:

  1. Baca tajuk pun da buat sy tekujat kak...

    BalasPadam
  2. Kerana BABI, rasa kepercayaan pada JAKIM mula diragui :-(

    BalasPadam
  3. kerana babi, kite lebih berhati2.... sian babi tak pasal2 di benci

    BalasPadam
  4. Kerana babi, kita jadi sesal kerana selama ini dah makan banyak coklat kedbury yg ada halal Jakim.
    Walaupun kita tak pernah sesal kerana selama ini dah makan banyak biskut famous amos yg sah sah takde halal Jakim!

    BalasPadam
  5. kerana babi seekor habis satu kilang cadbury binasa..

    BalasPadam
  6. Adakah Melayu Mudah Lupa akan berulang?
    Kita tunggu dan lihat

    BalasPadam
  7. Orang Melayu memang suka buat lawak - kononnya jijik sangat dengan babi yang haram, tapi tak jijik dengan arak yang haram, judi yang haram, zina yang haram, rasuah yang haram. Malah ramai yang merokok walaupun Majlis fatwa dah hampir 20 tahun keluarkan fatwa merokok haram di sisi Islam. Lawak!!

    BalasPadam
  8. Pagi hari makan kelubi
    Kelubi jeruk dari Penang
    Memang kita anti babi
    Kerana babi buat kita pening

    BalasPadam
  9. ada sstengah org hanya jijik dgn sesuatu perkara je....tidak menyeluruh......
    Saya amat suka baca catatan puitis dari kakcik...sgt mendalam maksudnya...Terima kasih kakcik.

    BalasPadam
  10. vaksin BABi tok p mekah awat tak kaycoh? sebab darurat? tak wajib p sana jika tiada vaksin halal lah!

    BalasPadam
  11. tiada kata kata..kerana babi yg lebih berkuasa

    BalasPadam
  12. biasalah tu..setiap masa malaysia ni penuh dengan isu2 hangat..heheh..

    BalasPadam
  13. salam kak cik

    perkataan ba** tu dari kecik sampai skrang memang mak saya tak ajar menyebutnya. selalu disebut terbalik BIBA..atau bab. tapi bila sebut siput babi boleh pulak..kah kah kah

    BalasPadam
  14. Termenung melihat diri
    Dah berkilo-kilo makan kedberi
    Sbb ada tanda halal JAKIM termetri
    Tak sangka boleh jadi begini
    Bagaikan sudah memakan seekor babi
    Pohon Allah mengampun kan diri
    Agar lain kali lebih berhati-hati
    Supaya tidak tersalah memilih lagi.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com