kerana babi orang dah jijik dengan kedburi
...walaupun mendedahkan aurat itu pun haram hukumnya
kerana babi orang dah lupa dengan panda
...walaupun panda itu membuatkan kita tercekik juga
kerana babi orang lupa badminton tak jadi juara
...sedangkan kita selalu laungkan majulah sukan untuk negara
kerana babi orang mula prihatin tentang kandungan makanan mereka
...walaupun ayam yang kita masak sendiri belum tentu betul sembelihannya
kerana babi baru kita tersentak kita ini Islam agamanya
...walaupun saban hari kita makan daging saudara kita (mengumpat)
kerana babi kita menjadi sangat berjaga-jaga
...walaupun rokok dan 'riba' kita bedal juga
Cuba kawan-kawan sambung...
Baca tajuk pun da buat sy tekujat kak...
BalasPadamKerana BABI, rasa kepercayaan pada JAKIM mula diragui :-(
BalasPadamkerana babi, kite lebih berhati2.... sian babi tak pasal2 di benci
BalasPadamKerana babi, kita jadi sesal kerana selama ini dah makan banyak coklat kedbury yg ada halal Jakim.
BalasPadamWalaupun kita tak pernah sesal kerana selama ini dah makan banyak biskut famous amos yg sah sah takde halal Jakim!
kerana babi seekor habis satu kilang cadbury binasa..
BalasPadamAdakah Melayu Mudah Lupa akan berulang?
BalasPadamKita tunggu dan lihat
Orang Melayu memang suka buat lawak - kononnya jijik sangat dengan babi yang haram, tapi tak jijik dengan arak yang haram, judi yang haram, zina yang haram, rasuah yang haram. Malah ramai yang merokok walaupun Majlis fatwa dah hampir 20 tahun keluarkan fatwa merokok haram di sisi Islam. Lawak!!
BalasPadamPagi hari makan kelubi
BalasPadamKelubi jeruk dari Penang
Memang kita anti babi
Kerana babi buat kita pening
ada sstengah org hanya jijik dgn sesuatu perkara je....tidak menyeluruh......
BalasPadamSaya amat suka baca catatan puitis dari kakcik...sgt mendalam maksudnya...Terima kasih kakcik.
vaksin BABi tok p mekah awat tak kaycoh? sebab darurat? tak wajib p sana jika tiada vaksin halal lah!
BalasPadamtiada kata kata..kerana babi yg lebih berkuasa
BalasPadamsalam kak cik
BalasPadamperkataan ba** tu dari kecik sampai skrang memang mak saya tak ajar menyebutnya. selalu disebut terbalik BIBA..atau bab. tapi bila sebut siput babi boleh pulak..kah kah kah
Termenung melihat diri
BalasPadamDah berkilo-kilo makan kedberi
Sbb ada tanda halal JAKIM termetri
Tak sangka boleh jadi begini
Bagaikan sudah memakan seekor babi
Pohon Allah mengampun kan diri
Agar lain kali lebih berhati-hati
Supaya tidak tersalah memilih lagi.