Kawan-kawan kakcik

Rabu, 28 Mei 2014

Hanya kerana dia bukan sekutu kita...

Apa sahaja yang dibuatnya kita tak suka
kata-katanya kita persenda
tingkahlakunya ada sahaja yang menyakitkan hati kita
penampilannya menjadi bahan untuk dicerca
...sedangkan sebenarnya kita dan dia tak pernah pun kenal mesra apa lagi bersua muka...

Tapi andainya dia sekutu kita
apa dibuatnya dipandang manis belaka
kalau dia berkata dusta
kita iyakan tanpa sesiapa memaksa
kalau dia tidak menutup auratnya
kita kata 'kita doakan hidayah buatnya'
kita hanya mahu mendengar puji-pujian buatnya
...walaupun kita di matanya hanya langau yang membingitkan telinga...
...dan kita menjadi bangga walau hanya pernah sekali berjumpa...

10 ulasan:

  1. kadang kite ttp pintu hati kite hanya kerana politik, cume kadang tuh kakcik mereka bergaduh di surat khabar, di fb tp sebenar2nya di alam nyata mereka akrab...tak mustahil kan

    BalasPadam
  2. macam keling & melayu sekarang.
    makin terok racistnya.

    BalasPadam
  3. Walaupun bukan sekutu, yg baik, harus kita puji/berikan kredit..
    Walaupun sekutu kita, yg salah, harus ditegur sejujurnya..

    BalasPadam
  4. semua pasti p barzah

    so perlu rajin soleh eg islamkan si kafir

    - sultan perak -

    BalasPadam
  5. Ia seperti juga dengan seseorang yang sanggup mempertahankan keluarga, bangsa, negara dan kelompok yang diwakilinya walaupun kadang-kadang mereka yang dipertahankan itu (keluarga, bangsa, negara dan kelompok itu) bukanlah sesempurna mana. Kita tidak suka dan sangat tersinggung jika orang luar mengkritik keluarga, bangsa, negara dan kelompok kita, walaupun jauh di lubuk hati kita akui apa orang lain kata tentang mereka yang terdekat dengan kita itu memang benar belaka...

    BalasPadam
  6. Lumrah keadaan sekarang ni kan kak..

    BalasPadam
  7. Yg seeloknya kan kakcik..Tegurlah apa juga kesalahan biarpun dia sekutu..Saya suka pendekatan seorg Menteri ni..Biarpun mewakili Parti Pemerintah..Apa yg tidak kena ditegurnya..begini sepatutnya...

    BalasPadam
  8. Saya dtg singgah bila cuti2 sekolah !

    BalasPadam
  9. ingat kan lagu apa la td. bersih kan hati. in sha Allah tenang hati kite.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com