Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 Mei 2014

Suamiku seorang Datuk...

...tapi aku bukan seorang Datin!

Alhamdulillah.   Menantuku telah selamat melahirkan cucu sulung kami pada 4/5/2014 jam 8.22 pagi.  Seorang bayi lelaki seberat 3.60kg.  Sempurna sifatnya.  

Anugerah dan amanah dari Allah SWT yang perlu dan wajib kami 'jaga' sebaik-baiknya mengikut segala suruhan dan laranganNya.   Pastinya di dunia serba mencabar dan pantas ini, ia bukanlah sesuatu yang semudah mengerdipkan kelopak mata.

Gambar?   Maaf, kerana Along belum membenarkan wajah 'Muhammad' didedahkan terlalu awal di maya ini.  Bukan berlagak sombong, cuma waktunya belum tiba.  InsyaAllah,  esok-esok ya...

22 ulasan:

  1. tahniah..dah dapat title Atok dan Tok Wan...itu lebih membahagiakan..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakcik...tahniah2 yer dah bergelar datuk n nenek...:)

    BalasPadam
  3. Tahniah...semangat nyer cucu...3.6kg:-)

    BalasPadam
  4. Tahniah buat Along dan isteri dan tahiah jugak buat datuk dan nenek.

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum

    ada orang berpendapat tak boleh letak gambar 'baby' untuk tontonan ramai, nanti dia tak berhenti menangis²..kalau nak letak pon biar berumur 6 bulan ke atas..orang cakap la...hehehe

    apapon tahniah Kakchik sekeluarga :)

    BalasPadam
  6. Tahniah dapat cucu sulung pada isteri datuk yang bergelar nenek

    BalasPadam
  7. pasti kakcik lebih bahagia dgn title baru :) Tahniah

    BalasPadam
  8. Tahniah Kakcik..dah ada cucu dah...nanti-nanti buh gambar ya..sabar menunggu :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...seronoknya....jeles makchaq... tak dak yg kawin lagi..
    orang kata cucu selalu lagi manja dari anak..

    BalasPadam
  10. Tahniah buat along dah dapat cahaya mata...
    Tahniah juga buat datuk dan neneknya.. gembira mendapat cucu sulong ..

    BalasPadam
  11. Tahniah kakcik
    Barakallahufikum

    Memang sepatutnya gambar baby baru lahir jgn share kat alam maya nih... takur kena sihir ain (ada dengar ustaz cakap ler)

    BalasPadam
  12. tahniah kakcik... datuk nih lg bermakna dari datuk yg lagi satu tuh heheh...

    BalasPadam
  13. alhamdulilah datuk & bukan datin. seronoknyeeee

    BalasPadam
  14. Tahniah Kakcik, tak dapat jadi Datuk Seri dan Datin Seri jadi datuk dan nenek pun jadilah.... :)

    BalasPadam
  15. alhamdulillah..tahniah nenek opah makwan tok

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com