Kawan-kawan kakcik

Selasa, 6 Mei 2014

Hospital Kerajaan sekarang jauh lebih baik...

...berbanding sewaktu aku bersalin lebih 26 tahun yang lalu...

Masihku ingat,  dalam wad kelas tiga, hospital bersalin itu aku diletak atas katil tambahan.   Wad memang sesak dengan ibu-ibu yang akan bersalin.  Ada wanita yang ke hulu ke hilir dengan kandungan yang sudah tidak bernyawa.   Diberi ubat dan disuruh balik sehingga ada rasa hendak melahirkan baru boleh datang semula.

Ramai juga wanita 'seberang' yang hiruk pikuk berbual dalam bahasa mereka dan tidak dapat kufahami butir bicaranya.

Pemandangan-pemandangan yang tidak harus dilihat tapi terpaksa dilihat terbentang di hadapan mata.

Para doktor dan jururawat yang kurang mesra bersama raut wajah dan tutur kata berbisa adalah sesuatu yang dianggap biasa.

Namun hari ini, suasana itu sudah jauh - sangat jauh berbeza.  Ruang hospital yang luas siap berlangsir, memberikan keselesaan buat para ibu dan bakal ibu.

Jururawat dan doktor muda yang kacak dan comel (walaupun masih ada yang menganggap diri mereka lebih tahu dari ibu-ibu yang sedang kesakitan - tapi jumlahnya boleh dikira) sangat peramah dan cuba 'meletakkan diri mereka' dalam diri pesakit.  Seorang doktor berbangsa Cina yang mungkin baru menerima ijazah kedoktoran,  duduk dengan mesra di katil pesakit sambil bercakap dalam bahasa yang mudah difaham.  Senyum dan tuturkatanya memang boleh mengurangkan rasa sakit walaupun beliau tidak memberi apa-apa ubat.

Semoga para petugas hospital kerajaan akan terus menambahbaik perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa sehingga segala kekurangan-kekurangan lalu tidak akan diingati lagi sama sekali...

19 ulasan:

  1. Adik bersalin kat hospital kerajaan jugak.. mmg dah ok layanan mereka. Cuma kena jaga baby sendirilah... walaupun kekadang belum bertenaga sgt lg pun. but nurse ada lah untuk tolong apa yg patut

    BalasPadam
  2. fasiliti hospital makin canggih, jauh lebih baik. cuma masih ada segelintir lagi petugas yang kurang berbudi bahasa sampai menutup kebaikan petugas cemerlang yang lain...

    BalasPadam
  3. Betul la kak, makin ok..Saya nak bersalin private mak saya tak bagi dia kata jangan membazir (mak dan abah bekas pekerja hosp kerajaan)..Setakat bersalin 3 anak semuanya ok dan terbaik..Baby saya masuk wad kanak2 pun dilayan baik oleh doktor..Setiap orang ada pengalaman yang berbeza tapi setakat ni saya puashati dengan hosp kerajaan, setakat masalah sikit2 tu saya ok jer..

    BalasPadam
  4. Perkhidmatan dan tatatertib ketika berbicara jugqk bonda..

    BalasPadam
  5. ye mak..skrg ni hospital kerajaan dah sgt bagus..

    BalasPadam
  6. Nak jadi doktor ni bukannya setakat tahu hal perubatan sahaja, hal kemanusiaan yang patut diutamakan bila deal dengan manusia yang punya perasaan dan kepercayaan yang tinggi pada para ahli perubatan.

    BalasPadam
  7. betul...nurse sekarang dah friendly...boleh jadi kawan lagi:-)

    BalasPadam
  8. setuju dengan kak cik..perkhidmatan hospital kerajaan sekarang memang semakin baik..alhamdulillah (^_^)

    BalasPadam
  9. hosp gomen ni kita jgn macam2 aje kakcik,, kalau lebih2 mmg susahlah.. sendiri faham sudahlah yer hehehe

    BalasPadam
  10. Betul tu kakcik hospital dulu kalau pi berbau ubat ja sekarang bersih, doktor dan jururawat pun bertimbangrasa kalau ada seorang dua tu pejamkan mata sahaja.

    BalasPadam
  11. moga semakin baik, selaras kita menuju negara maju

    BalasPadam
  12. Pnh 2x msk spital kerajaan..ank kena warded..lynn so far so good..xd masalah.rezki memasing la kan

    BalasPadam
  13. tak tahu lah ....nak kata apa. Hati saya masih cuak dan fobia.

    BalasPadam
  14. salam mak..harap mak semakin sihat..
    hosp kerajaan..entah la..ada baik ada kurang..tapi setakat bad sikit2 tu bagi zi biasa la..swasta pun ada kurangnya jgk..tapi rasanya memang dah ada improvement skang ni

    BalasPadam
  15. kakcik,
    saya ke empat2 anak dihospital kerajaan.macam macam jumpa.Ada cenge tak tau nak kata,ada baik macam nak buat menantu adanya...

    BalasPadam
  16. tak dpt dinafikan bila melihat wajah doktor yg mesra pesakit , badan yg sakit pun boleh berkurang rasa

    BalasPadam
  17. Setakat ni Alhamdulillah makchaq tak pernah ada pengalaman buruk di hospital kerajaan, masa bersalin, anak masuk wad, jaga arwah mak & abah kat wad.. semua alhamdulillah.. sikap & layanan nurse n doktor memang boleh dipuji...terutama di icu

    BalasPadam
  18. Pesakit sekarang bukan macam dulu lagi, kebanyakannya educated. Staff hospital buat silap sikit mereka akan buat aduan dalam peti aduan yang ada di setiap hospital kerajaan. Siaplah staff tu nanti, silap-silap boleh dikenakan tindakan disiplin jika selalu terima aduan dari pelanggan....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com