Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 2 Mei 2014

Gadis berseluar pendek...

Suatu petang...

rumahku dipenuhi dengan adik-adikku bersama suami/isteri dan anak-anak mereka.

Selepas Maghrib, kawan kepada menantuku datang untuk menghantar barang yang dipesan. 

Menjelang Isyak, adik-adikku bersama keluarga mereka beransur pulang ke rumah masing-masing.   Di luar masih ada sebuah kereta yang enjinnya masih hidup dan lampu hadapan dinyalakan.  Rupa-rupanya ada seorang gadis di dalam kereta itu.  Dia ialah kakak kepada kawan menantuku.

Kemudiannya aku diberitahu bahawa gadis itu enggan keluar dari kereta kerana dia berseluar pendek.  Mulutku memang celupar dan laju berkata 'dia nak pinjam kain ke?'.  Fikiranku laju sahaja membayangkan seluar yang dipakai oleh gadis itu hanya separas paha!

Setengah jam berikutnya,  sewaktu suamiku hendak keluar, dia memanggilku agar mengajak gadis berseluar pendek itu masuk ke rumah.  Bila aku turun, seorang gadis bertudung labuh, berbaju longgar dan berseluar hitam sedang masuk ke rumahku.   Ternganga aku dibuatnya.   Laju pula aku katakan berkali-kali kepadanya 'makcik ingat awak pakai seluar pendek paras paha!'

Balasnya : 'oh, saya dah tarik sikit seluar ini turun.  Tadi saya tolong mak masak di rumah.   Bila adik saya nak keluar,  takkan saya nak biarkan dia sorang2 dah malam2 ni.  Seluar saya ni atas buku lali, nak cepat saya terus keluar'.

Bila dia nak masuk jumpa adiknya, dia ternampak Along.  Lantas langkahnya terundur ke belakang. 'Ada lelaki', katanya.   'Saya tak pakai stokin' sambungnya lagi.   Aku masuk ke bilikku dan aku serahkan sepasang stokin hitamku kepadanya.  Aku izinkan dia ambil terus stokin burukku itu.

Ya Allah!  Baiknya gadis itu sedangkan andaian awalku terhadapnya sangat tersasar ketika aku belum melihatnya.   Sangat jahatnya hati seorang manusia bernama aku yang menghukum tanpa melihat bukti...

31 ulasan:

  1. assalammualaikum
    dia menjaga auratnya...
    alhamduliLLAH...susah nak cari sekarang yg jaga macam tu sekali, akhlak apatah lagik mesti bagus!

    BalasPadam
  2. ada masa kita kena berbaik sangka jugak kan

    BalasPadam
  3. mansyaallah...hebatnya dia menjaga auratnya...

    BalasPadam
  4. Seluar bawah buku lali dikatakan seluar pendek bgnya...Ya-Allah...sungguh dia menjaga auratnya kakcik..

    BalasPadam
  5. istilah pendek tuh bergantung pada individu kan... Insaf jap... rasanya masih belum ditahap itu saya nih menjaga aurat

    BalasPadam
  6. saya pun ingat seluarnya paras paha. Dia menjaga auratnya kan kak chik

    BalasPadam
  7. MasyaAllah memang saya terharu. Insaf rasanya kak.

    Dulu ada customer datang nak print-out something. Perempuan. Dia bagi pendrive. Ada satu fail tak boleh buka. Saya btahu dia saya nak bagi pada technician nak minta tolong tgk kan. Cepat² dia cakap, tak pe la kak, dalam tu ada gambar saya dengan kawan tak pakai tudung.

    Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu juga la kak sekarang ni saya dah mula tidak judge orang dari segi pemakaian. Cuma bila saya tengok mereka yang masih lagi pakai seksi, berlumba-lumba tunjuk aurat, saya jadi kesian pada dia.

      Padam
  8. assalamualaikum kakcik...betul tu kekadang kita selalu berprasangka buruk bila mendengar sesuatu perkara tu tapi bila melihat keadaan yg sebenarnya baru la kita faham...oleh itu kita tidak boleh berprasangka yg buruk sebelum melihat sendiri perkara itu benar atau pun tidak....peringatan utk semua juga utk diri sendiri juga...:)

    BalasPadam
  9. Allahukabar...........terkesan sgt ni sampai rase tertelan air liur baca entry ni!

    BalasPadam
  10. Subhanallah..... saya sangat kagum. Semoga lebih ramai muslimah Malaysia seperti ini.

    BalasPadam
  11. Biasa laa kak cik.. terkadang kita nie selalu prasangka padahal tak de laa teruk mana pun kan..

    BalasPadam
  12. Kalaulah saya dapat didik anak jadi begitu...sobsss...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah moga dia diberkati Allah
    juga untuk kakcik, sebab kongsi kisah ni sebagai panduan..
    terima kasih kakcik

    BalasPadam
  14. Bila baca ni, trus teringat kat satu video kat dlm fb tu, cerita pasal aurat..lakonan semula budak2 pompuan student ala UIA, UPSI gitu..tersentuh tengok bagaimana dorang jaga aurat..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum,
    Errr...tajuknya pun dah buat rasa nak tahu pendek takat mana sebab saya pernah terlopong tengok penyewa rumah sebelah keluar sidai kain pakai syimis dan seluar pendek sejengkal je hu hu hu hu hu

    mmmmm orang gini dah makin pupus. untungnya dia dok tengah bandar tak lelas dek arus dunia

    BalasPadam
  16. alhamdullilah...masih ada lagi anak anak gadis sebegitu

    BalasPadam
  17. ohhh..terharu....susah nak cari gadis mcm tu..

    BalasPadam
  18. Syukurlah dalam dunia serba kacau ini masih ramai gadis yang menjaga kesantunannya...

    BalasPadam
  19. Salam kak cik,zaman sekarang susah nak cari muslim/muslimah yang benar-benar menjaga syariah ibarat mencari sebutir permata di tengah padang pasir.
    Alangkah bertuahnya siapa yang dapat menjadi suaminya hehe..

    BalasPadam
  20. masyaAllah...pengajaran yg bermakna dar cerita akak ini..

    BalasPadam
  21. KakChik...terima kasih sangat share cerita ni. Rasa malu pun ada dengan diri sendiri....

    BalasPadam
  22. susah nk jumpa gadis macam tu skrg ni....

    BalasPadam
  23. Ya Allah, bertuahnya memiliki ank seperti ibu..menjaga aurat sebaik mungkin...

    BalasPadam
  24. Im pun pernah tersilap prasangka macam itu juga...

    BalasPadam
  25. Allah kakcik, bgsnya gadis tuh, betul2 jaga adab n auratnya... dana pun terpikir mcm kakcik dia pakai seluar pendek prs peha ke... bermuhasabah diri kejap dana, moga satu hari nnti dpt buat bergitu

    BalasPadam
  26. hebatnya dia..semoga Allah merahmati kehidupannya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com