Kawan-kawan kakcik

Rabu, 7 Mei 2014

#MH370 - dua bulan berlalu...

...mungkin ramai yang mula lupa
tapi aku masih juga tertanya-tanya
kau sebenarnya hilang di mana
atau rajukmu yang terpaksa
kau bawa lara ke mana

tiada saudaraku di perutmu
kalau ada pun mereka yang seagama denganku
namun aku terus berdoa tanpa jemu
agar apa pun keadaanmu
tetap juga dapat ditemu

#masihmengharap #pulanglah #doauntukmh370

8 ulasan:

  1. Besar harapan kita
    besar lagi harapan saudara mereka
    dan apa yg pastinya
    harapan semua
    moga Allah berikan petanda..
    di atas kehilangannya

    BalasPadam
  2. Teruskan berdoa semoga segala kekusutan mencari terungkai segera...

    BalasPadam
  3. kalau la semuanya masih selamat, agaknya cemana la keadaan diorang sekarang..keep pray

    BalasPadam
  4. Semalam baca paper, tiba² terdetik hati. Dah lama MH370 ni hilang, tapi masih belum dijumpai. Suratkhabar pun dah tak mensensasikan cerita ni lagi. Berita dah jadi kontot dan masuk di halaman dalam, no longer in front page.

    BalasPadam
  5. Moga urusan pencarian dipermudahkanNYA..

    BalasPadam
  6. hati kecil saya percaya ianya terhempas, cuma..masih belum ditemui bangkainya :(

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kakcik...sekejap jer dah 2 bulan kan tapi masih x ditemui lg...;

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com