Kawan-kawan kakcik

Rabu, 7 Mei 2014

Gambar pelacur dan bapa ayam...

...setiap hari keluar sama ada di media elektronik mahu pun media cetak.

Bila berita tentangnya setiap hari, maknanya masalah tidak berkurangan apalagi terhapus.

Memetik kata-kata suamiku 'apa kata kalau gambar pelanggan yang disiarkan?   Tak perlu dikaburkan wajah mereka,  sebaliknya siarkan terang-terangan.  Mungkin dengan cara itu,  barulah gejala ini dapat dikurangkan'.

Soalannya,  wartawan mana atau editor akhbar mana yang sanggup memikul tanggungjawab itu.  Wartawan hiburan yang kaki gossip pun hanya berani menyindir dari mendedahkan hakikat,  kan?

Tapi,  kalau pemerintah patuh pada hukum agama, pengikut pun mesti tak takut untuk bertindak di landasan yang benar.  Betul atau tidak?

12 ulasan:

  1. zaman skang ni, zaman saman-menyaman...zaman yang salah nampak benar...

    BalasPadam
  2. betul tu kakcik
    benda ni makin melarat

    BalasPadam
  3. jangan bagi muka ..eh sorok muka pesalah ; apa kah kepentingan depa yg kita nak jaga sangat aib? siapa punca yg aib tu terjadi...

    BalasPadam
  4. Apa yang KakCik kata ada benarnya...
    Editor akhbar tu agaknya berpegang sangat kat undang2 yg berkata: "Seseorang itu tidak bersalah selagi mahkamah tak mendapatinya bersalah". Masalahnya adakah mahkamah itu pun 100% benar? Kadang2 hakim mahkamah mendapati seseorang itu bersalah tapi hakim lain pula menyatakannya tak bersalah dan sebaliknya. Ada pula kes orang yang berpuluh tahun masuk penjara kerana dihukum bersalah, tapi lepas itu baru tahu penjenayah sebenar bukan dia.
    Jadi kata-kata," Seseorang itu tidak bersalah selagi mahkamah tak mendapatinya bersalah" juga tak boleh pakai 100%...

    BalasPadam
  5. Kena buat usaha atas iman rasanya untuk maslah sebegini KakCik, Insyallah jika iman kuat semua orang Islam tak akan buat semua benda macam ni.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com