Kawan-kawan kakcik

Khamis, 8 Mei 2014

Jangan angkuh, ya anak-anak...

...kerana dengan izin Allah, keangkuhanmu akan terjawab dengan sendirinya nanti.

Jangan bila kau sudah dewasa, hanya kata-katamu yang benar belaka.  Tidak lagi kau pedulikan perasan ibubapa.

Memang kau tak pernah ingat
Betapa ibuayahmu berkeringat 
Tidur malam pun tersekat-sekat
Terkejut bagai digigit pepijat

Tangismu kadang sukar ditelah
Sama ada kau lapar atau lampinmu basah
Tapi ibuayahmu tidak berkeluh kesah
Apapun perlakuanmu dilayan penuh tabah

Anak,
usah berpura-pura
mengucapkan selamat hari ibu atau hari bapa
hanya untuk mendapatkan komen 'suka'
dari mereka yang tak tahu apa-apa
dan kau pun senyum sampai ke telinga

sedang di satu sudut ibubapamu memendam duka
kerana tak pernah kau cuba gembirakan mereka
status-statusmu hanyalah palsu belaka...

satu ketika nanti, mungkin akan kau rasa apa yang telah ibubapamu rasa,  jadi sebelum terlewat - betulkan yang biasa dan biasakanlah yang betul...

12 ulasan:

  1. salam kak cik...pandai kak cik tulis sajak..

    BalasPadam
  2. Berpuisi kakcik....moga jadi pedoman buat semua

    BalasPadam
  3. betul tu
    betulkan yang biasa
    dan biasakan yang betull..
    insha Allah

    BalasPadam
  4. kakcik,
    Semoga dijauhi dari anak anak kita...
    tidak mengingat akan dia akan ayah serta mama
    wishing on FB hanya nak menunjuk saja
    hakikatnya.....ibuayah saja yang mengetahuinya..

    BalasPadam
  5. org akan memuji-muji hakikatnya senyuman tawar yg akan terukir dibibir sendiri...

    BalasPadam
  6. peringatan untuk diriku yang jugak sebagai anak...semoga aku tak leka ngan dunia dan membelakangkan mereka..

    BalasPadam
  7. huhuu..taknak angkuh, taknak sombong, taknak bongkak, taknak riak, taknak takbur, taknak sum'ah.. taknak taknak taknak...

    BalasPadam
  8. itu namanya menipu diri sendiri. Harap tak jadi pada anak2 kita.

    BalasPadam
  9. semua2 tu SA x nak mak...jauhkanlah dari diri SA..

    BalasPadam
  10. Dah jadi tren budak2 sekarang macam tu, ikut saja apa yg orang buat, kalau tak ikut nanti orang kata ketinggalan zaman...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com