...pada setiap hari Ahad, suamiku mengupah seorang wanita Indonesia dengan bayaran RM80.00 untuk membantuku membuat kerja rumah seperti menggosok pakaian, mencuci dan mengemas rumah.
Selalunya bila dia sedang buat kerja rumah, kami suami isteri lebih senang untuk tidak berada di rumah. Kami akan keluar sejam dua supaya dia senang melakukan kerja-kerjanya. Kami tinggalkan pesanan kepadanya 'kunci pintu, kalau ada orang tak dikenali datang, jangan buka pintu'.
Ahad = 4/5/2014, menantuku selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Sewaktu 'bibik' datang, memang belum ada bayi di rumah.
Ahad = 11/5/2014 pun bayi tiada kerana masuk wad semula untuk rawatan demam kuning. Bibik diberitahu tentang hal itu.
Bila kami balik beberapa jam kemudian, bibik memberitahu 'tadi ada orang bisnes jual barang bayi datang. Saya beritahu bayi di hospital. Dia pun balik. Betullah, kan? Saya beritahu yang betul'.
Aku pun menjawab 'macamana orang tu tahu di rumah ini ada baby?'
'Tak tahulah saya, kak' jawab bibik.
Walaupun di fikiranku terlintas sesuatu yang lain, aku layankan saja apa yang bibik beritahu.
Tahu apa yang aku fikirkan?
Yang datang itu mungkin jiranku membawa hadiah (hamper) untuk cucuku.
Alahai bibik...
haha, sy pun tak terfikir pasal org dtg nak tgk baby :)
BalasPadamkesian tetamu datang.. hehehhe
BalasPadamsalah faham kot..:-)
BalasPadamGOOD MONING
BalasPadamSINGGAH PAGI RABU :)
hehe..info tak lengkap..
BalasPadamMungkin dia datang bawak barangan baby dalam hamper saiz besar kot, tu yang 'bibik' kata orang datang bawa barangan baby,
BalasPadamlawak pon adoo..hihi
BalasPadamLurus betul bibik tu kan tapi dia buat apa yang diarahkan tak boleh nak salahkan dia sebab memang dia tak kenal orang tu pun.
BalasPadamsalam
BalasPadampatutnye bibik call kak cik...kot kot ada yg penting
hehehe
hehehehe... tersenyum je baca ni kak
BalasPadamhahahaha. alahai bibik. dah tu ada tak yang datang balik kak orang jual barang baby tu?
BalasPadamhehehe..ye gak kan.. mana ada orang jual barang baby dari umah ke umah.. kat umah saya takde, kot kat umah kakcik ada..hehehehe..
BalasPadam